Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setelah DJ Hans Ashrie meninggalkan Ria, ramai warganet tertanya-tanya apa yang akan terjadi kepada segmen Misteri Jam 12.
Soalan ini diaju oleh warganet apabila Hans dan Fiza O mengadakan sesi IG LIVE bersama pada hari Hans berhenti kerja di Mediacorp. Pada waktu itu, tiada jawapan kukuh yang diberikan kepada penonton.
Ria telah pun mengumumkan di socmed mereka bahawa Misteri Jam 12 akan kembali hari ini! DJ yang menggantikan slot MJ12 ialah Adi Rahman.
Ia juga telah diberi nama tagline/segmen/slot baru iaitu ‘Gerun Malam’. Agaknya, apakah kelainan dan pembaharuan yang diberi kali ini? Apa kata orang bila DJ Adi Rahman yang kendalikan segmen ini eh? Suka ke tidak?
Ramai yang telah memberi kata-kata perangsang buat Adi di ruang komen di Fesbuk!
Sebelum ini, Hans yang mengendalikan segmen ini.
Sama seperti Hans Ashrie, Adi Rahman juga akan kendalikan MJ12 selama sejam sahaja. Bukan macam time dulu di mana DJ KC Champion adakan MJ12 selama 2 jam!
Dari 12 tengah malam hinggalah 2 pagi. Kenapa dipendekkan eh?
Kesian Adi Rahman terpaksa kerja sampai 1 pagi!
Dah la 5 petang sampai 8 malam pun dia kerja!! Or mungkin rancangan MJ12 dirakam? Entah, mungkin nanti sis akan dengar untuk siasat.
Korang masih dengar MJ12? Ke dah setia kepada KC dengan siri YouTube/Spotifynya Malam Seram?
Tapi tu lah. Terkejut tengok pengumuman Ria nak teruskan MJ12!!! Nampaknya ia antara rancangan yang paling lama pernah wujud!! BERDEKAD LAMANYA! Dari zaman Zan Sofiyan sampai lah sekarang. Memang merecikz!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Facebook Ria 897)
[…] adegan drama bersiri terbaru Suria yang dipercayai berdasarkan rancangan popular Ria 89.7FM, Misteri Jam 12 […]
LikeLike