Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku.
Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, saya bakal menulis Fanfiction pendek bagi drama-drama Suria yang agak merepek. Idea-idea yang diraih mungkin tercetus daripada ketidakpuashatian saya apabila menonton drama tersebut. Ataupun kerana imaginasi saya yang keterlaluan. Ataupun mungkin fantasi saya yang tidak akan pernah jadi kenyataan kerana it’s all about the halal life.
Saya harap anda akan terguris hati kerana apa yang bakal saya tulis tidak akan ditapis dan tidak akan pernah ditunjukkan di televisyen negara.
Semoga anda terhibur!
Mangsa pertama… P.I.Z.!
Penyakit Inginkan Zina
Angin bertiup kencang seolah-olah Zacker, atau nama Melayunya Zakar, berada di tepi pantai. Zacker sudah lama inginkan kesunyian ini. Akhirnya, beliau keseorangan, jauh daripada segala masalah. Tanpa disedarinya, beliau sudah berada dalam laut Sentosa. Air laut telah mencapai paras dada. Beliau terkejut dan terus lari ke darat. Sudah lima minit beliau berlari namun beliau masih berada dalam air. Apa yang berlaku? Zacker terpinga-pinga. Beliau memejam mata untuk teleport namun gagal.
“Pelik, hampir seluruh badan aku dalam laut. Tetapi kenapa bahagian bawah saje yang basah?”
Zacker dibangunkan oleh rakannya. Dia tersentak dari tidur basahnya.
“Astaghfirullah. Aku mimpi basah lagi? Malasnya nak mandi hadas…” lenguh Zacker.
Zacker berlari ke rumah untuk memuaskan nafsunya itu. Pada masa yang sama, beliau berfikir. Patutkah beliau pulang ke rumah atau terus ke Geylang Lorong 17? Isterinya Linda pasti akan menolak salam Zacker.
Setibanya di rumah, Linda sudah mula berceloteh tanpa henti. Linda mahu Zacker mencari kerja untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Zacker baru sahaja dibuang kerja akibat ekonomi yang tidak begitu stabil kebelakangan ini.
Linda mengingatkan Zacker bahawa badan Linda seperti mesin Gashapon di Jepun. Hanya akan memuaskan kehendak Zacker sekiranya Zacker memberinya wang pendahuluan. Tambahan, Linda mempunyai darah Jepun.
Keesokan harinya, Zacker keluar mencari kerja. Secara kebetulan, beliau terjumpa seorang wanita yang sedang mencari anaknya yang hilang. Anaknya amat berharga sekali. Ini kerana anak wanita tersebut mempunyai kuasa istimewa. Anaknya mampu mengeluarkan air Zamzam melalui ususnya.
“Tolonglah cari anak saya, encik!” wanita tersebut merayu kepada Zacker sambil memegang lengan Zacker.
Wanita tersebut terus tersenyum pilu, “maaf, saya tersentuh awak.”
Zacker dengan pantas membalas, “takpe, saye belum mandi hadas pun. So, it’s ok!”
Zacker berlari dan mencari anak wanita tersebut. Zacker menggunakan kuasa teleportnya untuk menjimatkan masa.
Anak wanita tersebut sebenarnya bersembunyi dalam tong sampah kerana ingin menyucikan tempat kotor tersebut dengan kuasa air Zamzamnya. Wanita tersebut kenalkan dirinya sebagai Nemo dan memberi tawaran kerja kepada Zacker.
Sebagai gigolo.
Muka Zacker berubah menjadi merah bak tomato. Beliau hampir-hampir menolak tawaran Nemo. Namun sebelum Zacker sempat berkata apa-apa, Nemo memberitahunya bahawa Nemo ternampak sex tape beliau bersama jantan lain.
“Saya tahu awak dipecat oleh syarikat porno, saya peminat awak. Awak nak tak? Saya mampu bayar 2 kali ganda!” Nemo berkata dengan tegas.
Zacker pun mengambil kertas cheque tersebut. Sambil senyum tersengih dan terus berjalan dan kenyit pada Nemo.
Linda yang mempunyai kuasa telepathy, hampir pengsan. Dia dapat tahu bahawa suaminya menerima tawaran kerja sebagai gigolo. Hatinya remuk. Linda tak kisah kalau Zacker bekerja di syarikat porno gay, namun, Linda tidak mahu Zacker bekerja untuk seorang wanita.
Linda terdengar pintu rumah dibuka. Linda terus ke ruang tamu dan berpura-pura tidak tahu apa-apa. Beliau ternampak suaminya tersenyum dari telinga ke telinga.
“Kenapa you senyum ni? Dah dapat kerja?”
“Belum. I tadi ternampak kucing. Comel.”
“Kucing? Oh, kucing kaya? Mampu kasi you kerja? Sampai senyum lebar?”
“Apa you merepek?”
“Eh, you jangan ingat I tak tau eh? Memang I tak gunakan kuasa telepathy I lagi sebab pemerintah dah ban. Tapi kadang-kadang I ambil risiko dan gunakan kuasa I untuk baca fikiran you!”
“You baca apa?”
“You kerja gigolo. Bila start? BILA?!”
“Mana ada. You pergi jumpa Profesor X dan betulkan kuasa telepathy you.”
“Sebelum I jadi PHOENIX, you bilang I perkara sebenar!”
“DIA OFFER $2,000 SATU MALAM!”
“Biar betul?”
“You jangan risau, it’s purely work. I sayangkan you saje”
Pada malam itu, mereka bersetubuh dan membikin cinta dengan panas.
AAUUUOOOOMMMM
Keesokan harinya, Zacker memulakan pekerjaannya yang baharu itu.
Nemo mula mengadu hal peribadinya kepada Zacker.
Lama-kelamaan, Zacker rasa seperti beliau diekori.
Zacker mamasang kamera litar tertutup dalam rumah Nemo untuk merakam setiap aksi mereka setiap malam. Pada masa yang sama, dia juga dapat memantau sama ada benar jika beliau diekori.
Semakin lama, Zacker meluangkan masa bersama Nemo lebih daripada isterinya sendiri. Isterinya rasa pelik. Mungkinkah Zacker mempunyai perasaan terhadap kliennya? Malam itu, Linda cuba mengajak Zacker bersetubuh.
Malangnya, Zacker terpaksa menolak tawaran Linda kerana beliau terlalu letih. Sudah puas beliau bersama Nemo sehari suntuk.
Setelah lama menyelidik, akhirnya, Zacker mendapat tahu siapa yang mengekori beliau. Cuma, Zacker tidak pasti siapakah stalker tersebut. Zacker pun menelefon stalkernya.
Zacker mencabar stalkernya untuk berjumpanya. Tetapi, stalkernya tidak menjawabnya. Stalker cuma berdiam diri. Ini menyemarakkan api kemarahan yang sedang membakar di dalam diri Zacker.
Nemo mula rasa sakit-sakit akibat kegiatan malam yang asyik dia buat. Dia mengambil keputusan untuk menghentikan khidmat Zacker.
Nemo mahu Zacker selesaikan masalah rumahtangganya yang mungkin tertimbul kerana Nemo. Oleh kerana rasa serba salah, Nemo terpaksa lepaskan Zacker. Walaupun selama ini, Zacker yang melepas dalam diri Nemo.
Tanpa membuang masa, Zacker meneruskan misinya untuk mencari stalkernya itu. Pencariannya di instagram berjaya, Zacker bernasib baik dan pergi ke rumah stalkernya itu.
Apabila di kolong blok stalkernya, mereka bermain sebuah permainan. Stalkernya mengugutnya dan akan expose semua perkara buruk pasal Zacker. Zacker mula rasa cuak.
“Hey. Kau siape ah?”
“Akulah JAKIS!”
“Jakis? Nama apa tu”
“Jabatan Agama Kerajaan Islam Singapura la, ngok.”
Stalkernya, yang bekerja untuk pemerintah mengajaknya bertaubat. Zacker hanya diberi 1 minit untuk bertawaf di blok itu sebanyak 3 kali untuk menghapuskan dosa-dosanya.
Namun, semuanya terlambat. Oleh kerana kesalahan Zacker yang bertepek, pihak JAKIS sudah berniat untuk mengorbankan Linda.
TAMAT
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] Grey? Sebab buku tu kan fanfiction Twilight. So, saya nak fanfiction saya sehebat #50SOG. Klik di sini untuk membaca fanfiction pertama […]
LikeLike