Bingit 3: Episod 5 & 6

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang sihat walafiat. Bukan macam pesakit drama Bingit minggu ini.

Seperti biasa, jalan cerita drama Bingit ni sama. Seorang watak mempunyai penyakit/kondisi yang tidak diketahui orang tersayang. Ini kerana penyakit watak tersebut bukan biasa dan jarang didengar. Ada pertelingkahan dan konflik yang berlaku antara watak utama dan keluarga/rakan. Mereka hampir pecah-belah namun dengan keizinan Allah, anggota keluarga si watak utama dapat menerima watak utama dengan seadanya dan bawa watak tersebut pergi jumpa pakar.

Hairan, kenapa inti sama tapi ada juga orang yang tengok eh? Termasuk saya sekali! Hais. Tambahan, ia sebenarnya Dimensi Ke 4 tapi versi saintifik. Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat apa benda merepek yang berlaku.


 

Episod 5

IMG_9617IMG_9618

Eh eh makcik kepo… Jemput ni dua orang la, apa la. Banyak sangat soalan eh?

Hmm… Semenjak ni kita asyik nampak Suzairhe Sumari kat TV eh? Dan perempuan Bara, Suraya Taib tu pun. Tapi dia asyik main cerita pendek je (Dimensi Ke 4 & Cahaya Lebaran) . Tak pernah amek drama bersiri. Saya amat suka dengan lakonannya! Mungkin boleh ambil tawaran drama bersiri?

IMG_9619

Suzairhe yang memainkan watak Azri teringat akan insiden di mana beliau tersesat dan kehilangan ibunya apabila beliau berada di Pasar Geylang. Oleh disebabkan memorinya yang secara tiba-tiba di benak fikirannya, Azri mula rasa gelisah dan panik. Azri segera melarikan diri dan meninggalkan isterinya, Fateha.

IMG_9620IMG_9622

Fateha mengamuk dan amat marah kepada Azri kerana meninggalkannya di pasar. Ibu dan bapa Azri pun memarahi Azri atas kelakuannya yang kurang elok itu. Mereka kasihan kerana Fateha terpaksa angkat barang pasar sendirian dan tak sempat membeli semua barang-barang yang diperlukan.

Pada hari itu juga, mereka dijemput hadir ke jemputan kahwin. Azri mengelak dengan alasan kurang sihat dan penat. Dia juga berkata bahawa dia tidak suka akan tempat yang riuh rendah dan bising. Bapanya pula menjawab bahawa itu lumrah sesebuah majlis perkahwinan. Tambahan, mereka tidak mahu saudara-mara mereka asyik tertanya-tanya akan ketidakhadiran Azri. Ini kerana Azri selalu tiada di majlis keramaian. Bukan itu sahaja, ia dianggap kurang sopan jika Azri tidak menghadirkan diri pada majlis perkahwinan saudaranya sedangkan saudaranya telah meluangkan masa dan rewang untuk majlis perkahwinan Azri bulan lepas. Azri berdegil dan tetap ingin duduk di rumah.

Peliknya, kenapa diorang dua pergi pasar pagi tadi padahal nak keluar makan kat jemputan??? Hahahhaha. Oh ya, hari Isnin takde ikan. Ok, fine.

IMG_9623

Ibu bapa Azri terpaksa menjawab soalan-soalan ibu bapa Fateha. Terpaksalah Fateha senyum sahaja hahaha.

IMG_9624

Ni nak duduk rumah ke tak?? Abeh ke kolong blok buat apa entah. Terperangkap sendiri bila ada budak-budak sekolah main “Monkey“?? Gila.

Kenapa budak-budak ni memakai seragam sekolah pada hari Ahad..?

IMG_9625

Ibu Fateha agak kurang puas hati kerana Azri tidak hadir. Mereka terdengar perbualan saudara-mara mereka yang mengatakan pasal Azri yang tidak campur dengan keluarga. Namun, bapa Fateha cuba terangkan dan berkata Azri tu memang pemalu. Itulah yang diberitahu apabila ibu bapa Azri mengenalkan Azri kepada mereka.

Oh yes, perkahwinan antara Azri dan Fateha merupakan hasil sebuah matchmaking! Hmm… Masih ada ke dalam zaman anak muda sekarang ni?

Oh, apakah bunga telur yang mereka dapat? Redondo la siol. Hahaha, kenapa berkat kasi Redondo? Mana erti “bunga telur”nya? Bukankah telur itu melambangkan kesuburan bagi pasangan mempelai tersebut? Redondo melambangkan apa? Ketegangan zakar si suami? Astagha.

IMG_9626

Azri bangun sebelum subuh untuk siapkan diri ke kerja. Sedangkan tempat kerjanya berdekatan sahaja. Ini menimbulkan kemusykilan dalam diri Fateha. Fateha ingin siapkan sarapan namun Azri menolak. Kecik hati si Fateha. Azri ni isteri dah sayang, dia rejek pulak? What?

IMG_9627

Salah satu sebab mengapa Azri suka masuk kerja awal, tiada orang di pejabat. Dengan cara begini, Azri boleh buat kerja dengan lebih tenang.

IMG_9628IMG_9630

Fateha mengadu kat ibu mertuanya. Ibunya hanya beritahu Fateha bahawa beliau harus banyak bersabar. Ini semua cabaran rumahtangga.

IMG_9631IMG_9632

Bos amat suka akan kerja Azri dan ingin Azri lanjutkan proposal tersebut. Rakan kerjanya kepo dan kata ini semua rezeki orang baru kahwin.

IMG_9633

Di sini, kita lihat bahawa Suria sebenarnya Pro-LGBT namun Suria tidak menunjukkannya secara eksplisit. Apa pula reaksi pakcik-pakcik warak jika mereka dapat tahu tujuan sebenar Suria menunjukkan drama ini?

IMG_9634IMG_9635

???? Isteri nak masakkan, dia taknak balik cepat? Tu semua signal! Dia nak aaaauuuummmm beryoohoo malam ni! Apa sak. Bukannye si Fateha nak kangkang ke apa! Or itu adalah niat sebenar Fateha..?

Tapi kalau suami macam gini kangkang je la…

IMG_9636

Saya amat setuju dengan kata-kata rakan kerja Azri tapi cara mereka perli si Azri tu tak perlu. Cakap depan-depan je la. Nak belai isteri la apa la.

IMG_9639

Lol. Diorang dua pun masih kat ofis pe. Sebenarnya diorang dua nak try office sex tapi si Azri ni ah kacau daun! Atau… Azri boleh tolong rakamkan? Hmm…

IMG_9640

Kenapa dia makan dalam gelap siak.

IMG_9641

Cik Juliza cuba menasihati Azri. Ini kerana Azri kini ada tanggungjawab baru di rumah. Mereka pun pulang bersama.

Tapi sebelum itu, Cik Juliza ajak minum Teh Tarik.

IMG_9642

Azri mula rasa tertekan dan gelisah. Kemunculan budak-budak sekolah menambahkan seteres.

IMG_9643

Oh no, Azri sekali lagi melarikan diri!

IMG_9644IMG_9645

JENGJENGJENG. Fateha ternampak seekor kakak cantik bertenggek di atas kereta Juliza. Chey tak la. Hatinya remuk apabila ternampak suaminya bersama betina lain.

IMG_9646

Chey chey dah siap ni nak marah.

giphy

IMG_9647IMG_9649

Fateha mintak penjelasan. Si Azri kata dia dah penat dan tidak mahu makan. Azri tak lapar ke???? WTH.

IMG_9650

Banyak siol tu. Makan untuk berdua. Adakah itu semua aphrodisiac Melayu?

anigif_enhanced-buzz-11894-1386921238-7

IMG_9651IMG_9652

Kan kan kan. Bodoh sak Azri. Bangun pagi-pagi buta fikirkan si Juliza?? What. Obviously isteri kau akan cemburu sebab dia sayangkan kau + dia perempuan so lumrah wanita ah.

And kau lebih pentingkan Juliza daripada isteri sendiri?

IMG_9654

I can’t at her nails.

IMG_9655

Looooool.

IMG_9656

Tengok ah tu. Macam kuntilanakz.

IMG_9659

Bapa Azri cuba menasihati Azri. Man to man talk ah pasal isteri.

IMG_9660IMG_9661

Keluarga mereka fikir bahawa penyakit Azri ini sudah tiada lagi. Ini kerana kali terakhir ini berlaku adalah apabila Azri masih kecil lagi. Entah kenapa, ia kembali.

IMG_9662IMG_9663

Azri dinaikkan pangkat. Dan Juliza ajak dia jumpa klien ke apa. Si dua ekor ni eh menyampah sak.

IMG_9664

look at her nails

IMG_9665IMG_9668

Azri dan Fateha berbaik semula. Azri pun mengajak Fateha makan di luar.

Hmm… Betul ke ni?

IMG_9669

Wow, makan kat mana ni? Macam best je?

Pasangan di sebelah pesan makanan yang grilled ke apa. So waiter datang dengan api abeh bakar. Ni yang buat Azri terkejut dan stres. Dia pun lari keluar. Dah agak dah.

Dah tahu tak boleh dikelilingi oleh ramai orang, kenapa tak duduk tempat sunyi sikit? Jauh daripada orang ramai???

IMG_9671IMG_9672

Lol. Pemandu teksi pun main jalan je eh??? Rude.


 

Episod 6

IMG_9964

Ibu dan bapa Azri amat gembira bahawa Fateha dan Azri akhirnya pergi makan malam bersama. Mereka tak sabar nak menimang cucu kerana haritu malam jumaat. Malam afdol.

IMG_9966IMG_9967

Tapi, mereka terkejut apabila Azri pulang rumah tercungap-cungap. Apabila sudah tahu kisah sebenar, mereka memarahi satu-satunya anak mereka. Kesian Fateha, terpaksa tanggung malu apabila Azri lari keluar restoran tadi.

IMG_9970

Bapa Azri cuba mengingatkan isterinya bahawa anak mereka ni ada penyakit yang belum sembuh. Ibu Azri agak keliru kerana beliau yakin bahawa penyakit Azri tu sudah sembuh.

IMG_9971IMG_9973

Suaminya cuba mengingatkannya bahawa cara isterinya membesarkan anak tinggal mereka merupakan salah satu faktor mengapa Azri berkelakuan sedemikian.

Ibu Azri selalu akan menakut-nakutkan Azri. Sebab itulah Azri lemah semangat dan agak pendiam. Namun, ibu Azri membantah dan kata bahawa beliau membesarkan Azri seperti mana ibu-ibu lain membesarkan anak-anak mereka. Tetapi, bukankah setiap anak itu lain dan memerlukan perhatian eksklusif? Chey.

IMG_9975

“Baguslah dia dah pergi kerja, boleh aku kangkangkan makan malam nanti!”

Dia ada raut muka seorang jahat eh. Kalau main watak evil wife ni bagus!

IMG_9976IMG_9977

Apabila ingin mengumumkan jawatan baharu Azri, dia terus berambus keluar ofis?? Nasib baik Juliza tolong.

IMG_9979

?????? Doktor zaman apa gunakan alat BP manual sak??

IMG_9980

k…

IMG_9981IMG_9982

Azri terangkan keadaannya kepada Juliza. Dia beritahu bahawa selama ini, doktor pun tak dapat kesan apa-apa penyakit dalam diri Azri.

IMG_9983

Tambahan pula, ibunya asyik berkata jangan ikutkan perasaan sangat.

IMG_9984IMG_9985

Fateha dan ibunya amat gembira apabila diberitahu bahawa Azri cuti. Mereka ingin bershopping-shappang dan makan luar bersama.

Namun, Azri berkata bahawa dia terpaksa buat kerja dari rumah. Kesian Fateha. Fateha bertanya jika Azri MC kerana sakit atau apa, tapi Azri tanak jawab pun. Banyak berahsia eh si Azri ni. Kau tak percaya isteri ke? Kalau dia cari laki lain baru tau. Dia tu lawa dan masih laku kot.

IMG_9986

Walaupun diberi MC 3 hari, Azri tetap datang ke kerja… Ini kerana beliau suka kerja sangat sampai ingin bawak ke mati.

IMG_9988

Ewah-ewah. Azri puji pakaian Cik Juliza lah… Ada makna tu.

IMG_9989

Haritu harijadi Cik Juliza. Dia pun menjemput Azri untuk makan-makan kecil. Makan apa tu…? Is it you be eating her pussy? AAAUUOOMMM slurrrp.

IMG_9990

Belum masuk lif dah mula rasa tertekan??

IMG_9991IMG_9992

Fateha amat bingit kerana Juliza menelefon suaminya pada waktu malam-malam gini. Juliza pun satu sak, jangan lah kacau suami orang!! Memanglah niat Juliza tu baik nak tanya khabar… Tapi, harus pada masa yang sesuai lah.

IMG_9993

Juliza cadangkan untuk berjumpa seorang pakar untuk merawat keadaan Azri ni.

IMG_9994

Salam, sis. JENGJENGJENG.

IMG_9995IMG_9996IMG_9997

I LOVE FATEHA’S CHARACTER LA SO EVIL PURE EVIL! Please ambil tawaran berlakon jadi evil queen ke apa hahaha.

Fateha meminta penjelasan daripada Juliza. Juliza cuba terangkan bahawa Azri mempunyai penyakit. Fateha tidak percaya kata-kata Juliza kerana sebagai seorang isteri, Fateha sepatutnya lebih tahu perihal Azri. Juliza berterus terang dan kata bahawa tiada perhubungan antara Azri dan dirinya. Mereka bersikap profesional dan Juliza cuma ambil berat dan kasihan terhadap seorang pekerja. Fateha pula menambah bahawa pada mulanya kasihan… Lama-kelamaan kasi badan HAHAHAHAHAH.

Fateha memesan Juliza untuk tidak merampas suami orang. Beli boleh.

IMG_9998

Setelah adegan minum kopi tadi, Juliza menjauhkan dirinya daripada Azri. Beliau sekadar memberi nombor pakar kepada Azri dan tidak menemaninya.

IMG_9999

Juliza juga memberitahu Azri bahawa Fateha berjumpa beliau tadi. Dia akui bahawa dia ni andartu tak laku, tetapi, dia tidak akan curi suami orang. Suami gorilla dia nak.

IMG_0001IMG_0002

Azri pun memberontak la. Kata Fateha dah malukan dia. Fateha telah menuduh tanpa bukti. Fateha pun apa lagi, dia pun melenting. Dia kata kenapa Azri ada penyakit tak bilang isteri pun?!?!

OH NO!

IMG_0003IMG_0004

Ibu dan bapa pun pulang ke rumah. Mereka jelaskan bahawa penyakit Azri ni dah dari kecik lagi. Fateha rasa hampa dan seolah-olah ditipu. Ini kerana beliau “dipaksa” mengahwini seorang lelaki yang berpenyakit. Fateha berpendapat bahawa beliau dijadikan tempat untuk menanggung tanggungjawab Azri apabila ibu dan bapa Azri tiada lagi.

IMG_0005

Ekcili… Memang kau yang salah ah? Sebab banyak berahsia. Cuba duduk dan bawak berbincang??

IMG_0006

Selepas insiden itu, Azri tidak hadir ke kerja. (walaupun bos besar memberi dia peluang untuk bekerja dari rumah)

Wow, seksi peha tu.

IMG_0007

Bos besar pun memarahi Juliza atas kesilapan Azri. Azri telah membuat kesilapan yang melibatkan wang sebanyak setengah juta dolar.

Nak tahu apa yang menelan belanja setengah juta dolar? BANGSAWAN RADEN MAS flopz hhahahahahahhahaha.

Bos besar terpaksa buang Azri!!! Wow…

IMG_0008IMG_0009

Mereka hari-hari marah Azri sebab tak buat apa-apa hahaha. Kata Azri malas la apa-apa la yang negatif. Azri cuba terangkan keadaannya namun tiada siapa dengar luahan hatinya.

IMG_0011IMG_0012

OMG… Kesiannya. Nak nangis sia tengok . Ala, tapi takpe lah. Si Remy kan dah biasa merempat kat luar zaman Anak Metropolitan. Hahahahahahaha.

IMG_0014

Siapa yang selamatkan dia??? Fateha jugak. Jom sama-sama kita baca Al-Fateha.

IMG_0015IMG_0016

Alhamdulillah. Mereka berdua berdamai. Kini, Fateha tahu akan keadaan Azri dan memahami kehendak serta kelakuannya.

Saya rasa rumusan saya sama je ah? Like, perkara macam gini kita harus memberi perhatian lebih sekiranya orang tersayang mempunyai keadaan/penyakit yang jarang didengar. Dan seperti apa saya katakan dalam entri Bingit sebelum ini, kita seharusnya menganggap penyakit mental ini sebagai penyakit biasa. Kita sepatutnya memberi sokongan penuh kepada mereka-mereka yang mempunyai keadaan seperti ini.

Sokongan keluarga dan rakan-rakan kerja itu penting. Sama macam episod lepas. Kita harus ambil berat. Sama jalan ceritanya.

IMG_0017IMG_0018

Oooo… Abam Fir Rahman dalam kes minggu hadapan!

IMG_0019

Gila??? Berbual dengan refleksi diri sendiri.


 

Tapi ada persoalan. Takpe, akanku habiskan drama ini menggunakan imaginasiku.

Setelah mendapat tahu bahawa Azri mempunyai agoraphobia, Fateha dan Juliza semakin rapat. Ini kerana Fateha sentiasa mengajak Juliza untuk meneman Azri berjumpa pakar. Fateha sedar bahawa Azri lebih bahagia dengan kehadiran Juliza. Oleh kerana Fateha mempunyai fetish threesome, Fateha dengan rela hati membiarkan Azri untuk bernikah dengan Juliza. Juliza terhutang budi kepada Fateha kerana sanggup bermadu bersamanya. Kalau tidak, Juliza akan jadi andartu hingga ke kubur. Pada malam pertama Azri dan Juliza, mereka bertiga bersetubuh bersama. Katil amat lekit ya.

Mereka bertiga juga sudah berjanji bahawa Fateha akan menjadi suri rumah sepenuh masa aka taitai. Oleh itu, Fateha terpaksa mengandung 4 kali kerana kededua pasangan mertua Azri ingin 2 orang cucu. Jadi, Fateha terpaksa mengandung demi Juliza. Juliza tidak mahu mengandung kerana beliau merupakan seorang wanita bekerjaya. Selain itu, Juliza juga memberi wang kepada Fateha supaya Fateha dapat hidup senang.

Tambahan, pakar psikologi Azri telah membuktikan bahawa mempunyai dua isteri dalam bilik Azri telah serba sedikit menolong keadaan Azri yang takut crowded places.

Masih ingat gay couple dalam pejabat Azri? Mereka berdua berjaya berkahwin secara sah di Singapura  (kahwin sivil ah), mereka bersama Azri, Juliza dan Fateha bersama-sama membuka Fesbuk group di mana mereka memperjuangkan hak asasi cinta. Cinta tak semestinya antara wanita dan lelaki, ia boleh antara lelaki-lelaki, wanita-wanita, lelaki-wanita-wanita, wanita-lelaki-wanita dll sewaktu  dengannya.

Amin.

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHA.

Ikuti saya di Twitter dan Fesbuk.

Amacam? Suka tak Fanfiction saya? Kalau suka, saya akan buat lebih. LOLZ.

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle, Facebook)

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s