Anugerah Skrin 2016: Pusingan B2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku yang comel lagi sado. Lebih comel dan sado berbanding para peserta Anugerah Skrin 2016.

Hanya semalam kita sudah saksikan Kumpulan B bertarung nyawa untuk ke peringkat seterusnya. Saya selalu berpendapat bahawa Kumpulan B mempunyai kelebihan kerana mereka sudah menonton Kumpulan A bertanding sebelum ini. Sesuatu yang kurang adil. Ini kerana mereka tahu apa yang para pengadil inginkan. Bukan sahaja itu, mereka mempunyai lebih banyak masa untuk berlatih dan buat kajian. Tak adil!

Walauapapun, tidak semestinya kelebihan itu akan menjamin kehebatan Kumpulan B. Mungkin Kumpulan A tahu akan kelebihan Kumpulan B dan oleh itu, para peserta Kumpulan A lakukan lebih baik?

Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat apa yang terjadi pada episod/minggu ke 4 ini!


 

IMG_9877

Tema pakaian pasangan hos malam ini: Hari Kekasih + Hari Pertahanan Mutlak. Kita dapat lihat bahawa Shah Iskandar memakai kot hitam bersama sapu tangan merah yang diselit dalam koceknya. Seolah-olah ingin ke restoran bersama isterinya untuk makan malam romantis. Sapu tangan merah bakal bertukar wajah menjadi ros sebagai surprise.

Huda Ali pula mengenakan baju Merah/Putih melambangkan sifat patriotismenya kepada negara ini kerana kini beliau kurang laku di Mesyo. Rantai yang di lehernya itu merupakan peninggalan orang asli dari Malaysia.

IMG_9878IMG_9879

Pasangan pertama, Fadli Kamsani dan Ain Zainal merupakan pembuka pertandingan yang agak “menyegitkan” pertandingan malam itu. Pengacaraan Ain amat lancar dan tenang. Tambahan pula dengan stailnya yang berhijab, macam sedap mata memandang ah eh. Cuma line dia “kalau anda ingin tahu, kawasan Chinatown ini sangat sinonim dengan kaum Cina!”

NO SHIT SISTER!!!

And dia cakap konfiden sak macam lah tu fakta menarik yang tidak diketahui oleh pelajar darjah 1. What even.

Si Fadli ni masih teragak-agak? Ekspresi dia masih simpan dalam diri dia untuk apa entah lol. And reaksi dia macam “Gigi?”, like dia dah agak dah it’s gigi. Tak terkejut pun??? Takde up down la.

Lakonan mereka pula membingungkan saya? Si Fadli memainkan watak mat, manakala si Ain watak seorang guru. Si watak Fadli kenalkan diri dia dengan memberitahu ig/fb abeh terus berbual lu-gua?? So… Kau nak mengurat ke nak cari pasal? And the climax is what even? Dia baru tadi mengurat abeh terus tak happy? So… Abeh lepastu cikgu tu pun melenting? Huh??? Cikgu melenting depan abang seorang murid di dalam sekolah? Tak faham babak ni. Kadang-kadang saya rasa bahawa babak/skrip yang menyebabkan peserta untuk tidak perform bagus. Ataupun, ini merupakan cabaran untuk mereka? Hmm… Setelah cikgu tu melenting, mamat tu pun diam? Hahaha? Whot. Babydragononfire. I can’t even.

IMG_9880

“anda semua dah berfaedah”

HAHAHAA SAYA TERCEKIK DAN TERSEMBUR SECARA SERENTAK BILA SHARON ISMAIL BERKATA SEBEGITU.

Anyway, Coco would not approve the turtleneck??? With the chandelier on your neck.

IMG_9881IMG_9882

Seterusnya, Yaya Hamid dan Iskandar Shah. Saya dah ada masalah dengan Iskandar Shah ni la?? Dia terkinja-kinja bila bercakap. Nak tahan kencing ke?? Diksi Yaya agak jelas dan saya faham setiap perkataan yang dilafazkan. Namun, ia agak cepat. So, orang yang berbual cepat je dapat tangkap apa yang dia katakan ah. Dan seperti Sharon Ismail kata, si Iskandar berdiri macam huruf A which is ganjil?? Pakaian mereka juga amat contrast? Merah dengan biru? Macam takde persamaan sebagai pasangan hos! Saya tak tahu la kalau stylist yang pilihkan atau mereka yang pilih sendiri. Kalau diberi peluang untuk pilih sendiri, pilihlah yang lebih matching atau sedondon.

Pada sesi lakonan mereka, Yaya sepatutnya memainkan watak pelakon eksyen berlagak, Iskandar pula seorang salesman kat kedai handphone. Saya rasa ok-ok sahaja? Cuma mereka tidak menghayati watak mereka? Si Iskandar ada gambar Yaya sebagai wallpaper namun tak kenal bahawa Yaya sebenarnya diva popz? So… Merepek kan? Dan pergerakan tangan Iskandar amat keterlaluan. Watak Yaya pula macam diva tua ah. She should adopt more of a husky voice abeh hybrid dengan Regina George ke apa. Baru terserlah watak pelakon berlagak.

tumblr_m0kaz8a55l1qdu2c4

IMG_9883

Juri undangan kita minggu ini, Dora The Explorer all grown up and punked, Haryani Othman. Hair electrocution merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan, ya. Haryani juga menekankan bahawa mereka kurang berjaya menyampaikan watak yang sepatutnya mereka mainkan. Beliau juga menyuruh para peserta buat kajian sebelum melakonkan watak-watak yang diberikan.

IMG_9884IMG_9889

Kalau tadi saya cakap pasal pakaian sedondon, ni Farid Azhar dan Suharti Amy memakai seragam la siak. Blue denim top and black pants? What? Apa ni hahahahais. Tiada reaksi dalam pengacaraan mereka? Mereka berdua hanya sedang menunggu giliran untuk membaca skrip! Si Suharti ni intonasi dia agak wow tapi ada slanga ah seperti dikatakan Sharon.

Is it just me or Suharti looks like Dina?

Aisey Farid. Baru masuk pentas je dah tersasul? Hais, rilek ah. Watak mereka amat comel sekali! Ada kemistree ah, dapat lihat bahawa mereka dah berlatih bersama berkali-kali. Cuma, mereka ni pasangan suami isteri, tapi saya tak percaya bahawa mereka memainkan watak suami isteri? So something is wrong somewhere. Oh yes, Amy pun tersasul lol. Mungkin sebab dia tengah makan tu Doritos ah. hahaha

And I can’t @ the racist remark? Hantar balik ke Afrika sebab hitam manis? RUDE sak.
IMG_9890

Ketua juri memberi komen dan berkata bahawa tiada kemistree sebagai suami isteri, saya amat setuju ya.

IMG_9891IMG_9892

Di sini, kita lihat Syaiful Ariffin memakai warna ceria dan Wirda Elliesa memakai warna muram so tak seimbang ya. Dan saya suka sekali transisi Wirda yang terpaksa layan gurauan Syaiful la. Dia macam mnl. WHICH IS BAD ON TV LA HAHAHA. Selain itu, saya rasa macam ada yang tak kena dengan sesi pengacaraan mereka! Seolah-olah memberitahu kita apa yang harus kita buat dan lihat apabila di Chinatown, bukan mengongsi maklumat atau beri cadangan. So, macam authoritative? Saya juga rasa Wirda menarik energy pengacaraan mereka ke bawah ah. Macam dia takde mood sak.

Bagi babak mereka pula, Wirda memainkan watak Britney.

c2d26640-2b47-0132-4002-0ebc4eccb42f
lol

Wirda merupakan seorang selengeh yang syiokkan mamat tu la. Hari-hari dia jumpa kat perhentian bas. Takde komen ah cos I think it’s mediocre? Cuma Wirda tersasul bila masa klimaks which is a WASTE. Apa sak. Syaiful pula saya rasa ok la bagus. Pandai cover kesalahan dia.

IMG_9894

Saat-saat yang dinanti-nantikan. Namun sebelum itu, saya ingin rumuskan pertandingan Anugerah Skrin sejauh ini.

Secara keseluruhan, saya rasa para peserta wanita lebih baik daripada jantan-jantan. Lebih banyak latihan yang mereka semua harus lakukan. Selain itu, mereka juga harus buat homework dan bekerjasama dengan co-host/co-actor, penulis skrip, mentor-mentor dan mungkin para juri. Saya berpendapat bahawa diksi dan intonasi semua peserta boleh diperbaiki. Tambahan, mereka harus lebih berimaginasi, mempunyai reaksi dan spontan! Mereka seperti masih menghafal skrip dan terlalu mengikut apa yang tertera di skrip! Saya harap kededua kumpulan dapat melakukan dengan lebih gigih lagi minggu hadapan. Ini kerana selepas pusingan 5 dan 6, ia dah masuk separuh akhir! Saya masih belum nampak siapa yang terserlah atau yang mungkin akan menjejakkan kaki ke peringkat akhir. Bukan itu sahaja, setiap peserta tidak significant! Macam takde trademark. Up your market value, people!

Tekaan saya untuk mereka yang tersingkir minggu ini:

Wirda dan Farid atau Iskandar.

Wirda kerana pengacaraan beliau amatlah monotonous, kurang energy. Farid dan Iskandar merupakan yang terlemah antara 4 lelaki Kumpulan B!

IMG_9897

Oh no! Suharti terkeluar? Hmm… Saya agak terkejut dengan keputusan malam semalam. Kenapa Suharti terkeluar eh? Mungkin babak lakonannya menyebabkan beliau tersingkir. Farid memang dah agak la. Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya, kededua mereka yang terkeluar merupakan pasangan hos dan lakonan malam itu juga. Ini menunjukkan sesuatu bukan? Keperipentingnya untuk menolong rakan seperjuangan anda!

Usah khuatir, anda dua masih muda dan mempunyai bakat serta rupa. Pasti kalau anda bekerja keras, dapat bertahan dalam industri TV tanahair!

Malangnya, Suria memuatnaikkan gambar di media sosial dan mention merka-mereka yang terkeluar haha. Kasihan, they don’t need a notification on their ig to remind them that they’re eliminated!

Oh yes, ikuti saya di ruang media sosial! Twitter dan Fesbuk!

IMG_9898

Ain berdoa kesyukuran. Haaha dia macam nak pergi bahas sak.

IMG_9899

Airmata buaya.

SKZT2642

Daripada Top 16, kini kita tinggal 12 peserta sahaja. Seperti saya berkata dalam minggu pertama, saya masih berpendapat bahawa pemisahan Kumpulan A dan Kumpulan B ini merupakan sesuatu yang kurang adil! Ini kerana mereka diadili secara berkumpulan dan bukan bersama. Tambahan, mereka juga diadili oleh juri undangan yang berlainan!

Kadangkala, saya rasa bahawa babak lakonan merupakan faktor mengapa peserta terkeluar? Mungkin mereka boleh diberi skrip yang sama dan kita lihat bagaimana mereka lakonkannya? Selain itu, saya ingin lihat mereka mengacara secara individu dan berlakon secara bertiga. Harap-harap pihak penerbit akan up the game mulai minggu hadapan. Dan kepada para peserta, don’t slack.

Jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda di Toggle!

Itu sahaja daripada saya!

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)


 

Ekstra

Para peserta diwawancara oleh DJ Ria Dzar Ismail dan Dyn Norahim malam sebelum itu. Entah apa yang diorang berbual saya tak tahu sebab saya tak dengar radio. Kenapa? Sebab-sebab sudah tertulis di sini.

Screenshot (25)

What are they wearing even?? Saya tahu la ni radio, so takde orang nak tengok. Tapi kan ada ig semua. What is Ain wearing?? Omg… Please eh, do some work for your image ah. Penting. Please.

Tu je.

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s