Kisah Tok Kadi: Episod 5

Salam bulan Mac, wahai pembaca setiaku! Saya tanak buang masa, ayuh kita lihat apa terjadi pada episod 5! Adakah Humairah akan step up? Atau Siti masih terkejar-kejarkan Tok Kadi?


Episod 5

IMG_0426

Wow, Rahmah ni sanggup eh berbelanja demi murid-muridnya! Nak buat bunga rampai. Bestnya ada cikgu macam gini!

IMG_0429

Eh eh Shahrul nak amek bunga tapi tak sedar bunga tu dah ada orang chope!

IMG_0430

Hahaha… Kelakar eh ustaz ni. Rupa-rupanya dia kenal orang yang ambil bunga tu. Biasalah, drama… Unsur kebetulan selalu ada.

IMG_0431

Oh, Shahrul dengan Maria dulu kawan zaman poly. So kenal lah. Dan wanita berbaju merah tu dah book Shahrul buat pernikahannya yang akan datang.

IMG_0432

Nama dia Wawa. Dia agak kecil hati yang majlis pernikahan dia bakal dibuat kecil-kecilan jika dibandingkan majlis adiknya. Adiknya kini sarat mengandung. Entah kenapa bapak dia yang tentukan segala…

IMG_0434

Memang tidak boleh dinafikan orang tua selalunya lebih ghairah untuk majlis perkahwinan bagi anaknya yang kahwin dahulu. Namun, tiada sebab kukuh mengapa bapa Wawa harus berkelakuan kurang adil terhadap Wawa. Lagipun, bapa Wawa lebih mementingkan adik Wawa (yang hamil) padahal majlis Wawa hampir tiba.

Baru semalam tulis pasal Anak Metropolitan 3. Dah nampak muka Syarif Sleeq lagi.

IMG_0437IMG_0438

Cik Su bertanya jika Wawa sudah tahu perkara sebenar. Nampaknya Wawa tidak tahu…

IMG_0439

Cik Su berjumpa bapak Wawa dan suruh dia berterus terang. Bapa Wawa tidak mahu memalukan Wawa. Selain itu, dia mahu majlis “sempurna” untuk Wawa.

IMG_0440IMG_0441

Adik dia, Suzi, yang sedang mengandung pun mengada-ngada?? Si Wawa suruh pakai baju sedondon abeh dia taknak. Kata warna tak sesuai lah, jenis kain tak bagus untuk wanita hamil. What even?? Tak boleh ke kau ikutkan kehendak kakak kau yang bakal kahwin ni?

IMG_0443

Hahaha si penjual daging syiok kan Mak dia…

IMG_0444

Wow, Ustaz Yassin sampai ke jauh semata-mata nak sarapan Nasi Rawon.

IMG_0445

Shahrul hampir jemput Ustaz Yasin bersarapan bersama tapi Mak dia terus elak.

IMG_0446

#dead

IMG_0447

Sebab Suzi rude.

IMG_0448

Huh… Bukan ke semua orang dalam dunia Melayu ini tahu akan lagu Bola-Bola Api? Rafi ingin nyanyikan lagu ni bila masa persandingan.

IMG_0450

Mak dia sempat eh kasi sapu tangan la apa la.

IMG_0451

Eh eh Isa menumpang kat rumah Shahrul sebab merajuk dengan mertua.

IMG_0452

Cik Su tidak sanggup melihat majlis ini dilangsungkan selagi Wawa tidak tahu kebenaran. Wawa sebenarnya anak luar nikah. Disebabkan itu, bapanya tidak boleh menjadi wali.

IMG_0454

Eh eh Maria pun tangkap lawa ye.

IMG_0455

Bapa Wawa berjumpa bakal menantunya secara peribadi. Hmm… And si Rafi ni panggil bapa Wawa “Cik”?? Dah hari pernikahan sak.

IMG_0457

Hentikan.

IMG_0458IMG_0460

HAHAHAHA. Padahal bulu mata saja.

IMG_0461

Merepek eh makcik. Siapa-siapa ada bulu mata sebelah boleh jadi isteri Shahrul katanya. Makcik gian sak.

IMG_0462

Oh no! Kenapa?

IMG_0464

Adik dia tiba-tiba sakit nak beranak. Totally stealing the limelight!!!

IMG_0465IMG_0467

Wow. Suzi macam takde suami eh??? Abeh anak sulung kau yang nak nikah ni macam mana? Tangguh? WTH… Wow, secara kebetulan ada majlis kat kolong blok!

IMG_0469

Yes, let it all out! Memang tak patut Suzi ni beranak!!

IMG_0471

Yaaas part 2. Kenapa kau tetiba taknak kahwin eh? Is it bapak Wawa bilang kau perkara sebenar?

IMG_0472IMG_0473

Hahaha dengan emoji siol. Kesian Maria terkenang peristiwa lepas. Ke sengaja agar Shahrul datang?

IMG_0474

Shahrul pun memberi sehelai sapu tangan. Maria tersedak sebab bau minyak attar.

IMG_0475

Oh… Bulu mata tadi kepunyaan Maria. Atau Maria sengaja pluck out one side jadi Shahrul ingatkan itu dia punya? Ini semua taktik…

IMG_0476IMG_0477

Eh eh senyum eh Shahrul.

IMG_0478

Eh eh Rahmah selalu je eh ada isu dengan Siti. Memang patut pun. Tak suka tengok dia terhegeh-hegehkan ustaz. Dia ke rumah ustaz untuk ambil daun herba.

IMG_0481

Hais. Kasihan, baru sampai, nak berkenalan dengan ibu ustaz, terpaksa pulang. Tapi kelakar, mak ustaz bagi setangkai herba hahahaha.

IMG_0484

Mereka berdua berjumpa ustaz untuk selesaikan masalah yang timbul.

IMG_0485

Wow bagus Humairah. Tapi takut rancangan kau tak akan berjaya. Mana tau ustaz dah tak kisah pasal kau? Hmm…

IMG_0487

Eh eh. Sanggup ustaz lari tolong eh. Hampir terpegang pulak tu.

And, Humairah. Seriously, taktik jatuh lagi? Episod 3 kan dah jatuh.

IMG_0488

LOL

IMG_0489

Rahmah ternampak instagram Siti. Ayah Siti telah kembali ke rahmatullah.

IMG_0490

Akhirnya, bapa Wawa memberitahu perkara sebenar kepada Wawa. Peliknya, adik dia dah tau dulu tapi tak bilang. Apa sak.

And dia belum TERBERANAK pun??? So haritu amaran palsu??

IMG_0491

Wow lakonan Farhana M Noor mantap sekali ya!!

Tapi saya hairan. Kenapa Wawa boleh terima ketidakadilan yang ditunjukkan oleh bapanya? Sudah terang bapanya lebih sayangkan Suzi. Walaupun Wawa anak luar nikah, bapanya tidak sepatutnya pilih kasih, kan? Jadi, sebab “nak tutup malu” tidak munasabah langsung. Perbuatan tu kan masa silam. Buatlah majlis besar-besaran, siapa nak kisah pun. What injustice is this? Dan saya rasa perbuatan bapa Wawa haritu tidak justified ah. Kau temankan anak kau pergi hospital pada hari pernikahan Wawa. So kirakan anak luar nikah boleh lupakan ah? Anak jugak kan?!

IMG_0492

Eh, Air Anugerah tak cukup dana nak taja semua episod ke?

IMG_0494

Benar. Wanita spesis misteri.

IMG_0495

Wawa pergi berjumpa Rafi untuk meminta maaf kerana Wawa kini faham niat Rafi untuk hentikan pernikahan haritu.

IMG_0496

Wawa pun menyanyikan lagu Bola-Bola Api dengan merdu kepada Rafi untuk memikat hati Rafi.

tumblr_n6jmdlrf1v1qzb0mbo1_500

IMG_0497

Rafi memaafkan Wawa. Wawa ingin memeluk Rafi tapi sedar bahawa ustaz sedang melihat. Oh, ustaz lihat taknak peluk. ALLAH LAGI BOLEH LIHAT SEGALANYA KAU TAK MALU. Insaflah.

IMG_0500

Rahmah memberitahu Shahrul bahawa bapa Siti sudah meninggal. Shahrul berasa pelik kerana ibunya bukan rapat sangat dengan Siti. Ibunya pun memberitahu bahawa ini semua manfaat media sosial. Kalau ia bermanfaat, apa kata awak ikuti saya di Twitter dan Fesbuk?

IMG_0499

Rahmah memasak kuah rawon dan Shahrul sempat usik ibunya hahaha.

IMG_0501

Rekomen? REKOMEN SRSLY?

IMG_0502

Bapa Wawa berjumpa Ustaz Yassin untuk memberitahu perkara sebenar. Dia tidak boleh menjadi wali yang sah. Ustaz Yassin pun berceramah sedikit tentang undang-undang serta hukum agama.

IMG_0503

Eh eh nampak Ustaz Shahrul je tersengih eh?

IMG_0504

Ceramah pendek seperti biasa la eh. Ni pasal tanggungjawab lelaki/suami sebagai ketua keluarga.

Alhamdulillah, Rafi dan Wawa berjaya diijabkabulkan.

IMG_0505

Setelah mendengar ceramah pendek Shahrul, Isa bercadang untuk pulang rumah agar dapat selesaikan pertelingkahan antara dia dan mertuanya. Bagus ye syarahan sentap.

IMG_0506

Eh? Maria datang? Ada apa eh?

IMG_0507

Oh nak bagi sapu tangan dan juga kek cawan. Hahaha. Dengan sekelip mata Shahrul pakai T-shirt. Tapi singlet tak tunjukkan aurat kan??

IMG_0508

OMG… Dah buruk sak hahahaha. And is this Twelve Cupcakes? Or yang halal punya, Twelve Bakeshop?

BTW, Twelve Cupcakes tak sedap sak!! As compared to Fluff ah. #SupportLocalMalays 

IMG_0509

Eh-eh. Isa dan Shahrul berbual panjang tapi Maria cuma jalan sikit je? What even.


 

Hmm… Kini dah tambah lagi satu bunga yang terkejar-kejarkan seekor kumbang ye. Saya masih tidak suka Siti sebab dia suka Shahrul tetapi tidak memberitahu secara terus terang. Dia cuma hadir dalam kehidupan Shahrul dan ingin Shahrul membuat the first move la. So kalau kau suka dan kau tau ada rivalry, kau have to do something kan? And kau cuba berapat dengan Shahrul tetapi ada motif lain seperti amek daun herba??? So… Nope. No #TeamSiti

Humairah pula saya rasa dah salah jalan. Dia menggunakan jantan lain agar Shahrul rasa cemburu dan akan melakukan sesuatu. Tapi, mungkin Shahrul akan berjauhan dengan Humairah kerana kewujudan lelaki lain dalam hidup Humairah. So rancangan Humairah akan backfire kalau dia keterlaluan. Saya masih sokong #TeamHumairah tetapi mungkin akan bertukar fikiran kalau Humairah masih bertindak secara sebegini.

Bunga terbaru, Maria. Maria sudah mengenali Shahrul sejak di bangku politeknik lagi. Ini memberi Maria the added advantage sebab Maria lebih tahu tentang Shahrul! Lagipun, Maria juga melakukan sesuatu untuk menunjukkan perasaannya terhadap Shahrul. So, yes. She’s on the right track. Go go #TeamMaria!!

Pada episod ini, kita lihat bahawa kepentingan wali dalam pernikahan. Kita belajar bahawa kita tidak sepatutnya berahsia dengan ahli keluarga kita kerana ia hanya akan merumitkan keadaan. Kita harus berterus terang untuk mengelakkan salah faham dan kebingungan. Episod ini juga menimbulkan isu seperti anak luar nikah, wali dan sebagainya. Mungkin episod akan datang dapat ajar penonton jikalau pernikahan itu sah atau tidak sah jika seorang itu sedang hamil? Hmm…

Selain itu, kita juga dapat lihat bahawa ibu Shahrul ni boleh tahan popular ya! Bukan itu sahaja, dia juga semakin dapat terima Siti. Siapakah bakal Shahrul kahwin ya..?

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

 

Advertisement

4 comments

  1. pada pendapat saya ustaz Shahrul akan solat istikharah utk mendapatkan petunjok gadis mana merupakan jodohnya.
    Sememang nya Humairah telah melakukan percaturan yg salah utk membuat ustaz Shahrul cemburu kecuali jika dia
    meminta bantuan ahli keluarga sendiri sprti adek lelaki utk ‘berlakon’ sebagai boy friend nya. Akan lebih mudah utk diterima penjelasannya nanti.
    Hanya perlu pakai common sense aje, apekah perasaan seorang ustaz bila melihat seorang perempuan yg memegang tangan lelaki bukan mahramnya tanpa rasa segan silu

    Like

  2. Sememang nya Humairah salah percaturan bila cuba membuat ustaz Shahrul cemburu kecuali kalau dia berpakat dgn adek lelakinya utk menyamar sebagai boyfren dia, akan lebih mudah utk menjelaskan keadaan.
    Tetapi at the same time, apa pula yg bermain dikepala seorang ustaz bila melihat seorang perempuan sewenang2nya memegang tangan seorang lelaki bukan mahram?
    Kalau sampai 3 org perempuan tu, tak payah lah susah2 pikir, mana satu nk di pileh. Dia seorang ustaz, solat istikharah lah jawabnya, mintak petunjok

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s