Salam sejahtera, pembaca setiaku! Semalam, kita dikejutkan dengan dua orang yang tersingkir dari peraduan realiti Anugerah Skrin musim ke-3 ini.
Dalam penyingkiran minggu ke-6 ini, setiap peserta diadili secara bersama dan bukan dalam kumpulan. Itu yang saya nanti-nantikan sebab selama ini saya rasa bahawa ia satu langkah yang salah untuk memisahkan mereka dalam secara kumpulan berbeza.
Ayuh kita lihat sama ada Kumpulan B melakukan lebih baik berbanding Kumpulan A minggu lepas. Seperti biasa, saya mengharapkan Kumpulan B untuk melakukan lebih baik lagi kerana mereka telah menyaksikan aksi Kumpulan A.
Shah Iskandar nampak amat segak! Huda Ali pula ada stail rambut yang sebenarnya mempromosikan drama terbaru Suria, Bunga Tanjong.
YAAAAAS. Sememangnya saya sedang menunggu Seri Wahyuni Jaes untuk menjadi juri undangan!! Eh, da habis penggambaran buat Ole-Ole Temasya 2?
Pasangan pertama malam itu, Fadli Kamsani bersama Wirda Elliesa! Gandingan yang manis dipandang dan juga kemistree yang mesra antara mereka berdua, pasti dapat menambat hati penonton! Malangnya, Wirda terlupa dialog BIG TIME. Wirda tidak dapat menyelamatkan dirinya, nasib Fadli ada. Tapi, saya sesungguhnya tak faham apa Fadli cuba katakan. Ni macam hembus je setakat untuk selamatkan keadaan. Secara terus terang, setelah “kemalangan” tersebut, perbualan mereka sukar untuk difahami kerana ada ayat-ayat yang bercanggah. Oh yes, sebelum itu, Fadli berkata “Isnin malam saya”, bukan ke ia patut berbunyi “malam Isnin saya”???? Dan lawak jenaka mereka itu nampak rehearsed sangat.
Khairudin Samsudin memberi ulasan dan berkata bahawa dalam peraduan realiti, perkara seperti tadi tidak sepatutnya berlaku. Walaupun dalam realiti ia berlaku. Dia juga menambah bahawa Fadli “tersampuk” dengan kesasulan Wirda.
Ini menimbulkan perbualan pendek antara saya dan ibu saya. Dalam dunia hiburan Melayu Singapura, cuma ada seorang pengacara sahaja yang mengacara tanpa cue card. Khairudin Saharom!
Tema minggu ini tetap sama. Klasik purba. Iskandar Shah memainkan watak Laksamana Bentan dan Syaiful Ariffin pula memainkan watak Sultan Mahmud. Apabila melihat mereka memakai samping, tanjak dan memegang keris, saya terus terfikir. Mampukah mereka mengatasi lakonan Kamarul dan Danish? Saya berpendapat bahawa Syaiful macam ada slang ah. So, agak kurang sedap didengar. Dan saya bersetuju dengan Seri mengenai lakonan klasik purba ini. Setiap perkataan harus dilafazkan dengan betul agar makna disebalik dapat disampaikan. Saya amat suka akan cara Syaiful mengatakan baris-baris klasik pada saat-saat terakhir. Dan Seri juga menyumbang kepada Word of The Day.
RODOK
Mana tweet saya? ;( Ikuti saya di Twitter! Mungkin saya tak spam secara aktif malam itu ya.
Pasangan seterusnya, Ain Zainal dan Yaya Hamid. Saya berpendapat bahawa diksi Ain macam..? Seolah-olah prestasi beliau dah jatuh dari minggu sebelum ini. Yaya pulak tampak semula jadi dan amat selesa. Cuma suara dia macam penuh dengan air liur. Tapi mungkin sebab gigi besi dia la eh. Dan tiada connection dengan penonton di rumah.
Bukan itu sahaja, saya rasa secara am, kesemua peserta macam trying too hard to create a catchphrase!
Pasangan kedua untuk babak lakonan singkat, Wirda dan Fadli. Memainkan watak Permaisuri dan Datuk Bija Sura masing-masing. Secara terus terang, saya agak keliru apabila menonton lakonan mereka. Saya lost… Diorang macam berlakon dalam dunia sendiri. Lakonan mereka tidak sampai kepada penonton. Walaupun pasangan yang amat cocok, mereka tidak mengambil kelebihan itu untuk mengukuhkan lagi lakonan mereka. Kasihan.
Seperti Sharon Ismail kata, mungkin kesalahan pada waktu pengacaraan mereka telah menghambat energy mereka. Namun, ia tidak sepatutnya berlaku! Sharon looks good here! Coco would approve!
Pasangan terakhir, Iskandar dan Syaiful. Pertama sekali, what are they wearing?? Iskandar especially!! ??? Pergerakan kepala Iskandar keterlaluan ah. Asyik tengok kamera, Syaiful, abeh angguk, toleh. Apa sak. And Iskandar lupa dialog ke? Tak faham apa dia cakap ah. Komen la, komiti la, apa sak? And Syaiful kata “zon selesa”??? Zon selesa is comfortable zone. Zon keselesaan la. Hais. Semua orang harus brush up your Bahasa Melayu.
Watak Mak Labu dimainkan oleh Yaya manakala watak Mak Kundur dimainkan Ain. Apabila menonton lakonan mereka, saya amat bingung. Ini kerana Yaya memanggil Ain “adik” tetapi, watak Ain nampak lebih tua berbanding watak Yaya. Mungkin cara pemakaian Yaya boleh diubah agar watak Yaya kelihatan lebih matang? Saya rasa lakonan mereka berdua amat hebat sekali. Ada kerjasama dan juga keserasian. Cuma adegan di mana Yaya harus menyepak Ain, dan Ain harus hentikan sepakan itu. Kelihatan amat janggal dan tindak balas daripada Ain agak lambat. Ini mungkin kerana Yaya juga tidak tahu bila ingin mengangkat tangan. Hmm..? Dan saya juga suka akan adegan di mana Ain tolak Yaya dan Yaya terpaksa “lemas”. Macam kelakar pun ada!
Sejauh ini saya suka dengan komen pedas lagi bernas oleh Seri! Ni kes takde filter punya. Selain memberi komen, dia juga sempat mengajar para peserta. Contohnya, dia mengajar peserta untuk menyindir kerana dalam sketsa klasik purba, banyak unsur sindir-menyindir. Saya suka cara Seri ajar. Terus terang. Takde sugarcoat!
Namun, ada segelintir orang mengambil komen Seri secara literal. Mereka ingatkan Seri benar-benar menyindir Ain. Padahal it’s a learning point?? So para peserta harus mengambil kritikan serta komen pengadil dengan minda yang terbuka. Walaupun ia mungkin agak harsh dan negatif, peserta harus tukarkan negatif itu menjadi positif. Tambahan, komen-komen yang tidak ditapis seolah-olah menyediakan para peserta yang betul-betul ingin berkecimpung dalam industri TV ini.
Sememangnya, minggu ini lebih sengit. Ini kerana buat pertama kalinya, peserta dari dua-dua kumpulan akan diadili bersama. Peserta lelaki dan wanita yang mempunyai markah terendah akan disingkirkan. Namun, saya rasa ia kurang adil kerana juri jemputan bagu minggu lepas dan episod semalam berlainan. So, it’s not a fair judgment kan?
Walauapapun, ramalan saya adalah Yamin atau Fadli dan Wirda atau Nadia. Tetapi saya salah dan amat terkejut.
Peserta lelaki yang disingkirkan adalah Yamin Yusof dan peserta wanita pula Ain Zainal… Huh??? What? Langsung tak jangkakan ini!!! Kenapa Ain terkeluar eh? I sense something is wrong. Saya dah target Wirda keluar dari minggu sebelumnya sak. Saya juga sedar bahawa Ain seolah-olah telah meramalkan penyingkiran malam itu.
I was rooting for Ain sebab saya nak start hashtag #TwinTudong sebab saya suka sangat dengan Ain dan Syafiqah.
Saya sangkakan ada 4 orang tersingkir namun saya salah. Saya agak hairan, kenapa ada 10 peserta yang mara ke peringkat separuh akhir? Bukan ke tu banyak sangat?!
Sebenarnya, peringkat separuh akhir dibahagikan kepada dua bahagian. Separuh akhir bahagian 1 dan 2. Pelik, kalau ada dua separuh akhir, tu dah melengkapkan separuh menjadi 1, kan???? Cos half + half is one. OMG Suria… Saya rasa apa yang Suria maksudkan adalah…
SUKU AKHIR
Can’t @ Suria’s Anugerah Skrin Team now.
Adakah mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan lagi atau tidak? Siapakah yang akan mara ke pusingan selanjutnya? Saya harap saya tidak akan dikejutkan lagi!!
Jangan lupa untuk ‘Like’ saya di Fesbuk!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)
[…] sekali, saya ingin membetulkan diri saya. Ini kerana dalam blog post saya yang sebelumnya, saya mengatakan bahawa episod minggu ini sebenarnya suku akhir but saya salah. Para peserta […]
LikeLike
[…] agak ok-ok tetapi klimaks “dicuri” oleh Kak Fid. Too bad. Jika dibandingkan lakonan sebelum ini, saya lebih suka lakonan […]
LikeLike