Farhana: Episod Akhir

Salam sejahtera, wahai pembacaku yang menantikan saat-saat ini. Ini kerana kita bakal ketahui kesudahan drama Farhana!

Kepada anda yang belum membaca entri saya mengenai Farhana, sila klik di sini: episod 1, 2&3, 4&5, 6&7.


 

Episod 8

IMG_0525

Boo, flashback klisye. Sebelum ini, ada adegan Johan bersama Farhana di hotel. Skandalous.

IMG_0527

Si Johan ni paksa Farhana dekat dengan dia? Kesian aku tengok Farhana macam terkepit sak.

IMG_0528

Haha. Diorang ingatkan mereka semua menjaga Farhana dengan cara sebegini! Farhana juga berkata pasti arwah Farid akan berasa hampa! Memang betul. Terus dia nangis teresak-esak kat dada Johan. Suka latew…

Aku tengok si Izyan Mellyna ni nangis tapi tak keluar airmata pun.

IMG_0529IMG_0530

Hahaha, kesian Siti! Tapi betul lah! Orang lain semua bodoh sak.

IMG_0531

Eh? Tertekan ke? Malu ke? Rasa bersalah ke? Sebenarnya bukan kau seorang je yang patut disalahkan, Hashim pun dalang rancangan tak senonoh ini!

IMG_0532

Aaliyah berjumpa Fauzie untuk memulangkan beg kamera.

IMG_0533

Fauzie agak keberatan kerana Aaliyah akan meninggalkannya. Terpaksalah Fauzie cari assistant lain. Tapi takde yang secomel Aaliyah…

IMG_0534

Hmm. Saya agak kecewa kerana Aaliyah tidak menggunakan perkataan “teman”. Kan boleh hint

IMG_0535

Wow. Kaya eh Johan? Sewakan bilik hotel, you. Curlass. Kalau takde baju nak tukar pon, si Farhana tak tau nak bukak benda kat kepala dia tu ke?

IMG_0536

Tu la selalu tak hiraukan Salmah kan! Sekarang dah pening la apa la! Dan Aaliyah looks stunning there!

IMG_0537

Sempat Farhana bermandi-manda dalam tub. Maklumlah, bukan selalu dapat free hotel, you…

IMG_0538

Haha. Noor mula rasa takut dan meminta Siti untuk tidak menghilangkan diri.

IMG_0539

Johan belikan baju untuk Farhana. Kau tengok bilik ni. Fuh. Ni bukan hotel murah ni.

IMG_0540IMG_0541

Alhamdulillah. Hanafi mahu berubah untuk menembus kesalahan beliau. Walaupun ada risiko bahawa beliau akan diberkas polis.

IMG_0542

Nampaknya Salmah masih teringat-ingat kejadian hari itu. Dia juga masih keliru dengan identiti Fauzie yang sebenar!

IMG_0543

Teori saya semasa saya kecil dahulu adalah jika sesebuah tempat itu mempunyai lif kaca, tempat itu ada standard. Jadi hotel ni ada standard.

IMG_0545

Malangnya buat Johan, Farhana mahu pulang ke pangkuan keluarga dengan segera. Ini kerana Farhana tidak mahu merisaukan keluarganya.

IMG_0547

Tak pernah aku tengok orang, terutama budak kecil, ketawakan benda seperti cat O$P$ di dinding! Diorang ni budak-budak, apa mereka tahu?

IMG_0548

Tapi sebelum pulang, mereka isikan perut. Johan bertanya apakah perancangan Farhana selepas ini. Farhana mahu meneruskan hidupnya dan sambung mengejar cita-citanya. Dia macam takde kesan langsung eh?

IMG_0549IMG_0550

Johan cuba mengajak Farhana pulang bersamanya. Pendek kata, Johan cuba memikat hati Farhana dengan barang material dan harta benda. Kestabilan dan kekayaan Johan pasti menggoda ramai wanita di luar sana!

IMG_0551IMG_0552

Farhana pulang ke rumah. Dia telah pun memaafkan ibunya dan juga adiknya. Sejahat-jahat Siti, dia tetap maafkan kerana air dicencang tiada putus.

IMG_0553

Hahaha Fauzie terpanggil assistant dia Aaliyah.

IMG_0555

Model PRC. “Where’s Aaliyah?”

IMG_0556

EH AALIYAH!! Kenapa koyakkan tiket penerbangan? Taknak kejarkan impian awak ke?

IMG_0557

ABEH?? Kau biarkan telefon berdering je?? Eh kau eh!! Dah la berlakon kaku…

IMG_0558

Fauzie terjumpa scrapbook yang diselit oleh Aaliyah dalam beg kamera Fauzie. Farid mula beremosi apabila melihat gambar-gambar dalam scrapbook tersebut.

IMG_0562

Hashim bodoh ke?? Ni semua simptom orang nak mati!!! Tunaikan hajat dia sebelum dia tunaikan sendiri…

Saksikan rancangan Simptom yang dihoskan oleh Abang Taufik Batisah kita pada setiap Rabu, 9 malam! 😉

simptom

IMG_0563

Oleh kerana rasa serba salah, Siti bercadang untuk menangguhkan perkahwinannya untuk langsaikan hutang-hutang Hanafi. Wang bajet perkahwinannya akan digunakan untuk selesaikan hutang. Tiba-tiba je dia baik.

IMG_0565

Secara kebetulan, Farhana pun ziarah kubur.

Tapi saya pelik, mereka terserempak Farhana berjalan dan bergembira keseorangan. Seolah-olah Farhana sedang menikmati perjalanan dalam taman gitu. Tambahan, Farhana dari mana? Tak nampak pun kereta atau teksi. Dia jalan dari tempat masuk sampai ke dalam ke? Kubur baru ni dalam sak.

IMG_0566

TENGOK TU. Dengan begitu senang sahaja Farhana sudah REDHA dengan semua yang telah berlaku. Korang semua je melebih!!! Kalaulah korang tak merancang segala benda merepek, saya rasa sekarang Farhana dah mula mencari mamat baru di Tinder.

IMG_0567

Terdesak pe si dekni?? Tak laku eh Kat Dubai? Tu pasal dia selalu terkejar-kejarkan Farhana. Tapi apa ada kat Farhana?

IMG_0568

Cute sak macam pegawai polis di Amerika Syarikat. Diorang mengintip Johan dan Farhana!

tumblr_nc9mm5dhgn1qh59n0o1_500

IMG_0569

Eh ingatkan Siti ikhlas nak tolong Hanafi? Rupa-rupanya dia pentingkan diri sendiri juga sebab tailong dah conteng kat rumah dia…

IMG_0570IMG_0571

Hahahahaha. Siti akan tetap menjadi Siti. Dia akan menolong kerana diri dia juga terjejas. Kenapa Hakim pakai kaca mata hitam macam dia spy??

IMG_0572

Aaliyah meluahkan perasaannya terhadap Farhana. Aaliyah berasa kecewa kerana Fauzie tidak menunjukkan sebarang perasaan apabila berjumpa Fauzie haritu. Aaliyah pun sudah menangguh flightnya. Aaliyah bakal berangkat keesokan harinya!

IMG_0573

Sedang Fauzie ada meeting dengan sebuah syarikat majalah, dia menerima panggilan daripada Farhana.

Saya pelik, kenapa dalam kebanyakan drama Melayu, orang Cina pasti akan memainkan watak yang lebih “berkuasa” dan “berjaya”? Kenapa? Orang Melayu kita tidak mengambil jawatan tinggi ke? So maybe Suria should stop this internalised racism in the media. Lagipun, pelakon Cina calefare ni bukannya boleh berlakon pun.

IMG_0574

Farhana memberitahu Fauzie bahawa Aaliyah bakal berangkat ke Australia.

IMG_0575

Ha kau hairflip buat syampu jenama mana ni?

the-live-world

If I know how to make gifs, I’d make one w Aaliyah’s hair flip!!!

IMG_0577

Fauzie mula mengaku perasaan yang selalu wujud di dalam hatinya.

IMG_0578

Kalau Fauzie boleh tunggu dan mengadakan hubungan bersama Farhana, saya rasa Fauzie boleh tunggu setakat 2 bulan seh.

IMG_0580

Hahahahaha padan muka kau, Johan. Johan balik dan teruskan hidup dia di Dubai sudah. Kalau saya Farhana, kata-kata akhir saya…

DU-BYE!

large

IMG_0581

Tadi imbas kembali ni nak flashforward pulak…

IMG_0582

Comelnya anak Hakim!!!

IMG_0583

Wow, Hakim gian eh? Anak masih kecik dah ada lagi satu on the way? Alhamdulillah.

Baguslah Lydia Izzati boleh lepaskan saka dia kat 2 anak. Awak dah tonton filem Pelepas Saka?

IMG_0584

Aaliyah pun mengandung?! Tapi saya agak sedih kerana Aaliyah masih kelihatan muda dan cantik walaupun sarat mengandung! Mungkin pihak team make-up boleh ubah sedikit make-up dia agar kelihatan lebih keemakan?

IMG_0585

Chey. So Hanafi masuk penjara ke tidak eh dalam jangka masa 3 tahun tu?

IMG_0586

Oh yay! Harijadi Farhana. Kali ini, Siti akan tersembur apa pula?

Saya kagum melihat perhubungan antara keluarga Farhana dan Fauzie. Walaupun mereka tiada tali persaudaraan darah, mereka tetap  bersama. Sebenarnya, Hashim tu syiokkan kat Noor.

Semasa beliau sedang berpesta, Farid muncul di pintu. Chey taklah.

Saya agak kecewa Salmah masih hidup.

IMG_0587IMG_0588

WHAAAAAAT. Macam mana boleh dapat biasiswa penuh?? Saya pun nak! sobs.

IMG_0589

Lihat tu. Raut wajah yang sedang menikmati kebahagiaan.


 

Secara jujur, saya rasa drama ini bagus sekali dan mengajar saya tentang kebahagiaan. Namun sebelum saya berceloteh tentang pengajaran drama ini, saya ingin kupaskan episod terakhir ni dulu.

Dalam episod 8 ini, kita dapat lihat bahawa Farhana menerima kenyataan dengan begitu senang sahaja. Ini kerana sifatnya yang pemaaf dan lembut. Ini menyebabkan beliau untuk menerima kenyataan dengan senang dan lupakan masa silam. Ini kerana beliau juga sudah merancang masa depan beliau dan mahu mencapai cita-citanya sebagai seorang cef. Oleh disebabkan itu, beliau tidak hiraukan sangat apa yang telah berlaku kerana ingin terus berjalan ke hadapan.

Kalaulah Fauzie tidak bersetuju menjadi Farid, pasti drama ini tidak akan wujud, kan? Apa yang berada dalam fikiran Noor dan Hashim apabila mereka menyuruh Fauzie memulakan kehidupan sebagai Farid?

Drama ini mengajar saya bahawa orang lain tidak dapat menentukan kebahagiaan hidup saya. Watak Noor dan Hashim merupakan watak-watak yang cuba masuk campur dalam dunia Farhana agar Farhana dapat merasakan kebahagiaan. Tambahan, watak Johan cuba memberi kebahagiaan kepada Farhana dari segi harta benda dan material. Tetapi, kita semua tahu bahawa Farhana bukan jenis wanita yang terhegeh-hegehkan wang. Akhirnya, kita dapat lihat bahawa Farhana sendiri yang menentukan kebahagiaan hidupnya. Tanpa pertolongan sesiapa pun.

Bak kata pepatah, Happiness Comes From Within. Atau kata-kata pujangga seorang ahli falsafah,

Happiness is like peeing in your pants. Everyone can see it but only you can feel the warmth.

– Qumar/Kumar

Lulz.

Bintang kerelevanan: 3.5/5

Ini kerana drama ini mengajar penonton isu mencari kebahagiaan hidup tetapi unsur realismenya agak tidak masuk akal. Dalam hidup ini, tiada orang senaif Noor dan Hashim (kot).

Tidak boleh dinafikan bahawa saya amat marah apabila menonton drama ini kerana ia bercanggah dengan kebebasan seseorang dan juga semua watak yang baik semua bodoh dan watak jahat aka Siti je yang betul. Namun, episod 8 ni memberi saya pengajaran ya! Kalau ada musim kedua, mungkin Farhana ada di Perancis ingin mencari resipi salted egg croissant yang halal. Salted egg is life.


 

Drama yang bakal menggantikan slot drama Farhana ini adalah drama Bunga Tanjong.

Dibintangi Nurul Aini, Sheiryn Aisiqa, Farhana M Noor, Hisyam Hamid, Jeff Catz dan ramai lagi!

Drama ini dilabelkan sebagai “drama blokbuster 4 bahagian”. What does that supposed to mean?

Ia bermaksud, “oh kita tak cukup bajet nak buat drama 13 episod tapi drama ni, I janji… MELETOP!”

Can’t wait.

Pengkritik Sandiwara

(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)

 

Advertisement

4 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s