Aina Abdul ingin buat konsert di Singapura

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Menjawab soalan di Instagramnya, penyanyi suara lantang dari seberang Tambak, Aina Abdul, berkata membuat konsert di Singapura sudah berada dalam wishlistnya.

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 36 dengan lagu Sepi itu sebenarnya sedang mengadakan sesi soal jawab di IG Storynya.

Secara kebetulan, salah seorang peminatnya ingin Aina membuat persembahan di Singapura. Dan juara The Masked Singer Malaysia musim pertama itu pun mendedahkan bahawa ia sudah berada dalam wishlistnya.

Kami berharap sangat penaja-penaja mahupun penganjur Singapura yang tengah mencari artis untuk dibawa ke Singapura akan jemput penyanyi lagu Semalam dan Sumpah ini.

Bolehlah peminat SG semua dengar dan tonton konsert Aina Abdul, kan?

Kalau tak pun, boleh je kita pergi Istana Budaya. Aina bakal mengadakan konsert keduanya berjudul A Night With Aina Abdul 2.0 pada 25 dan 26 Jun. Menurut IGSnya, tiket akan dijual hujung bulan ini.

So uolls nak tunggu Aina ke Singapore atau nak terbang ke KL?

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: IG Aina Abdul)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s