Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hujung tahun ini, W!LD RICE dengan pementasan muzikal tahunan mereka yang ke-15!
Bertajuk Mama White Snake, pementasan yang patut ditonton ini diilhamkan oleh kisah klasik Cina “Madam White Snake”.
Diarah oleh Pam Oei dan ditulis oleh Alfian Sa’at, muzikal ini mengisahkan seorang pemuda yang mengalami krisis identiti apabila mendapat tahu bahawa ibunya dan rakan baik ibunya bukanlah siapa yang dia sangkakan!
Selain daripada lagu-lagu baru yang disusun oleh Elaine Chan dan ragam tari yang direka Andy Benjamin Chai, pementasan ini juga akan mempaparkan seni mempertahankan diri tradisional, akrobatik REALNESS, kostum-kostum ala-ala Bangsawan Cina dan juga perang pedang 😉
Tambahan, anda juga boleh melihat para kanak-kanak di atas pentas! Pasti comel sekali!
Semestinya, Mama White Snake sebuah muzikal yang penuh dengan pengajaran, penuh aksi dan amat melucukan sekali. Sebuah pementasan yang boleh ditonton bersama si kecil sempena cuti sekolah! Seperti pementasan-pementasan W!ld Rice yang sebelumnya, anda tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menonton muzikal ini, kalau tak…MENYESAL. Pengarah artistik, Ivan Heng memainkan watak Green Snake, turut menjayakan pementasan ini adalah Glen Goei, Siti K, Zelda Tatiana Ng, Cheryl Tan dan Andrew Marko.

So… Apa tunggu lagi? Tiket-tiket boleh didapati di Sistic! Mama White Snake akan berlangsung dari 24 November hingga 16 Disember di Drama Centre Theatre.
Kenapa kebelakangan ni ada banyak ular?
– Pengkritik Sandiwara