Abang Teksi: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Adakah kita masih meraikan Bulan Bahasa? Jika ya, saya ingin mempromosikan diri saya serta blog ini untuk menjadi Rakan Bahasa untuk Bulan Bahasa pada tahun 2018. Saya di sini, senpai!

Malam semalam, saya telah menonton rancangan komedi terbaru Suria bertajuk “Abang Teksi” yang dibintangi oleh Suhaimi Yusof, Huda Ali dan Fakkah Fuzz.

Ia bertajuk “Abang Teksi” kerana walaupun para pemandu teksi merupakan warga emas (pakcik-pakcik Teksi) namun drebar bagi kereta sewa swasta merupakan abang-abang youalls. Ada yang hensem dan sado lagi. Tengok kepada tuah la kan kalau terkena yang menggodakan 😉

Kalau dia type awak, apa kata menari kepada lagu Mr Taxi? Yang ni budak zaman sekarang la, kalau zaman saya…

What a bop!

Siri komedi ini mengisahkan dua orang pemandu teksi biasa dan seorang pemandu kereta sewa swasta (Grab/Uber). Setelah menonton episod pertama, saya kurang pasti dengan tujuan cerita ini. Saya juga tidak boleh meneka apa yang mungkin disampaikan melalui drama ini.

Tapi nampak sah cerita ini disokong badan-badan pemerintah untuk menyampaikan mesej-mesej kepada masyarakat kita. Suria telah beberapa kali melakukan ini melalui drama-dramanya. Sekarang, dah macam terlalu banyak pulak… Jelak saya tengok.

Daripada episod pertama saja, saya sudah bosan dengan plot ceritanya. Selalunya, saya akan menilai keseronokan sebuah drama melalui episod pertama. Sama ada drama itu worth my time to watch the upcoming episodes atau tidak. Nampaknya saya boleh beri satu lagi peluang dan see how it goes la eh. Kalau episod 2 merepek dan bosan juga, tak payah sua.

Itu sahaja daripada saya kali ini!

– Pengkritik Sandiwara

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s