Instageram: Episod 1 – 3

Salam sejahtera, semua!

Bagaimana Bulan Bahasa sejauh ini? Sudahkah penguasaan Bahasa Melayu anda setaraf dengan tahap Pengkritik Sandiwara? Fuh, menunjuk gitu! Bila Majlis Bahasa Melayu Singapura nak ambil saya sebagai Rakan Bahasa eh? Hmm…

Cakap pasal bahasa, saya sudah pun menonton drama bersiri terbaru Suria yang bertajuk InstaGeram. Lihat bagaimana Suria asyik menggunakan Bahasa Inggeris untuk tajuk-tajuk dramanya. Sungguh mengecewakan. Sebagai contoh, “Menantu International” dan bukan “Menantu Antarabangsa”, “Swap Kerja” dan bukan “Tukar kerja” dan banyak lagi. Saya telah mengetengahkan isu ini beberapa kali, jadi saya tidak akan berceloteh lagi.

InstaGeram mengisahkan penghijrahan seorang gadis berumur 39 yang baru sahaja sedar daripada koma yang berlarutan sepanjang 20 tahun. Setelah bangun dari koma, Shahira terpaksa menyesuaikan diri dalam suasana dan situasi yang amat futuristik kepadanya.

Dan oleh tajuknya sahaja, kebanyakan masalah yang Shahira harus tangani berkaitan dengan media sosial atau lebih dikenali sebagai socmed dalam loghat Mesyo.

Selain kekekokan Shahira dalam memulakan akaun-akaun socmed, Shahira juga agak peka dengan kelainan bahasa (slanga), teknologi, ekonomi (inflasi), muzik dan lain-lain. Saya lebih suka jika kita dapat melihat Shahira menjalankan kehidupan hariannya dengan perubahan-perubahan “baharu” yang harus dia belajar daripada memberi penuh perhatian kepada socmed sahaja.

Setelah 20 tahun tidur, Shahira ingin sambung ijazahnya. Dia pun mendaftarkan diri ke sebuah universiti swasta. Dan di situlah di mana Suria (dan Mediacorp secara amnya) mencerminkan kehidupan para siswa dengan salah. Kononnya ada budak-budak buat yoga di tengah-tengah taman, semua orang pakai lawa-lawa, dan antara daripada murid-murid merupakan influencer terkenal. Hentikannya. Tak belajar daripada The Failculty?

Bukan itu sahaja, Suria pun tidak mampu membayar pelakon ekstra. Ini kerana ada hanya segelintir murid di dalam dewan kuliah. Kurang daripada 10. Takkan minggu pertama semua dah skip, kan? Peliknya, rakan sekursus Shahira mendapat tahu bahawa Shahira dan pensyarah ada date malam semalam tetapi mereka mengejek sahaja? Kalau saya, dah pekik SEX4GRADES dah. Tak ke Musykil Binte Mencurigakan? Bodoh.

Selain drama yang berlangsung di kampus, Shahira juga berhubung balik dengan rakan-rakan lamanya. Malangnya, rakan-rakannya sudah berumahtangga dan juga berkerjaya. Shahira seolah-olah tidak boleh mencari sebarang persamaan antara dirinya dan rakan-rakanya. Tambahan, salah satu rakannya telah mengahwini bekas pakwe dia. (or so I think)


Secara keseluruhan, satu konsep drama yang amat menarik dan segar (kot). Cuma, ia amat mementingkan media sosial ah. Lebih baik kalau boleh membuatnya lebih holistik? Chey holistic siol merepek. Secara peribadi, saya akan tonton episod-episod akan datang jika ada masa, kalau takde, tak usah. It’s nice but it’s not worth depriving your sleep just to watch this la kan.

Terima kasih! Ikuti saya di ruang media sosial ya!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s