Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Anda mungkin telah menonton The Father dan The Son, kini giliran The Mother pula untuk muncul di pentas teater bagi melengkapkan trilogi keluarga ini.
Karya Florian Zeller ini mendalami gangguan emosi seorang wanita yang semakin teruk, dan akan mengajak anda ke dunia realiti yang sukar untuk diterima dan halusinasi yang lebih menggerunkan.
Diarah oleh Tracie Pang, dan dibintangi Janice Koh, Adrian Pang, Xander Pang dan Mehr Dudeja, The Mother meneroka minda seorang isteri setia, seorang ibu penyayang, seorang wanita yang secara perlahan menghilang kebolehan untuk menggapai realiti.
Dia sangsi terhadap suaminya, dia rindu anaknya, dia tidak senang dengan kekasih anaknya.
Rasa gementar bertukar menjadi cemburu dan kelakuannya semakin melampau. Apa yang berada dalam fikirannya?
The Mother akan dipentaskan di Panggung Victoria mulai 18 Jun hingga 4 Julai. Tikket-tiket boleh didapati di Sistic mulai 5 Mei.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Pangdemonium)