Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, penyanyi asal Singapura yang kini berada di Malaysia, Aliff Aziz, berkongsi di IG Storynya bahawa dirinya sedang mencari klinik bagi membuang tatu.
Menurut siaran itu, Aliff sedang mencari klinik berwibawa untuk membuang tatu dan meminta pertolongan daripada pengikutnya untuk memberinya saranan.
Wawancaranya bersama para wartawan di Malaysia juga mengukuhkan spekulasi bahawa siaran tersebut merujuk kepada dirinya yang ingin membuang tatu di badannya.
Dalam video yang dimuatnaik F8Buzz, Aliff berkata bahawa ini satu usaha yang dia ingin lakukan untuk dirinya dan bukan kerana orang lain. Keluarga serta rakan-rakan seindustri memberi sokongan terhadapnya.
Kami berdoa untuk kebaikan Aliff Aziz serta keluarga, amin!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Aliff Aziz, YouTube F8 Buzz)