Koleksi lagu Raya 2021

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Mungkin tahun ini kita dapat beraya, mungkin tidak, belum pasti.

Walau bagaimanapun, lagu Raya tetap onz dan tahun ini, terdapat beberapa lagu Raya yang boleh kita dengari, so tak lah bosan asyik lagu raya evergreen jek.


Kumpulan K-pop Malaysia pun ada lagu Raya tersendiri!

Berjudul Raya Raya Raya, kumpulan 4 wanita Dolla ini kelihatan comel menyanyi dan menari dalam video ini.

Melihat mereka memakai baju sedondon warna merah jambu sambil menarikan gerak tari sopan sungguh Raya vibes!


Penyanyi setempat juga tidak terkecuali!

Juara dan finalis Suara WGS 2.0 Syaz Smooth dan Sarah Syazlina serta lain-lain menjayakan muzik video Gurindam Lebaran.

Memang catchy dan ranggi lagu ni! Dapat meningkatkan semangat Raya semasa pandemik ini.

Tapi yang musykilnya, tak nampak terlalu kecoh ke rumah tu? Min kira lebih 8 orang, takde jarak sosial, tak pakai pelitup muka. Ni patuhi SOP ke tidak? Taccod…

Hati-hati je lah!


Di TikTok pula, sedang trending lagu Raya ni.

Siap dengan gerak tari ala TikTok, Pejam Celik Hari Raya oleh Iman Troye dah capai 3 juta tontonan!

Apakan tidak, sungguh comel loteh lagu ni!


Busy tau lagu Aidilfitri Lembaran Baru banyak sangat orang????


Rezeki pengantin baru Ernie Zakri dan Syamel off the charts eh? Dua lagu raya tahun ni.

Sufi Rashid pun terlibat sekali!


Aina Abdul pun ada lagu Raya tersendiri bertajuk Syukur Lebaran.

Agak-agak, boleh menang AJL tak lagu ni? Eh tiber!


Alif Satar pula nyanyi lagu pasal balik kampong.

Sesuai ke tidak Lagu Raya ni dalam situasi pandemik di Malaysia sekarang ni?


Tak sangka iklan Watsons yang dibintangi Ayda Jebat amat menarik dan catchy!

Selebriti lain seperti Amy Search, Loca B, Dolla dan ramai lagi turut serta! Fuh, bajet tinggi ni.


Rap Raya pun ada tau uolls.

Yonnyboii, Luca Sickta, Kmy Kmo, Abubakarxli, Siqma dan ASYRAF NASIR bergabung untuk Rap Der Raya!

Manakah lagu Raya 2021 kegemaran uolls?

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s