Reviu: The Father

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sabtu lalu, saya telah pun menonton pementasan oleh Pangdemonium bertajuk “The Father”.

Saya sebenarnya berhasrat untuk menonton ini apabila ternampak posternya awal tahun ini. Kebetulan juga, modul teater yang saya ambil juga perlukan saya menonton pementasan ini, so go je lah!

Ditulis oleh Florian Zeller dan diterjemahkan oleh Christopher Hampton, pementasan yang berlangsung daripada 2 hingga 18 Mac di Panggung Victoria ini diarah oleh Tracie Pang dan diterbit oleh Tracie Pang dan Adrian Pang.

The Father dibintangi oleh Lim Kay Siu, Tan Kheng Hua (loves), Janice Koh, Frances Lee, Emil Marwa dan Keagan Kang.

The Father mengisahkan seorang ayah bernama Andre (Lim Kay Sui) yang menghidap dementia. Dan melalui pementasan ini, kita dapat melihat cabaran dan kepayahan yang dilalui Andre malelai perspektifnya.

Anaknya, Anna (Tan Kheng Hua dan kadang kala Janice Koh) pula seorang wanita yang berkerjaya dan seolah-olah dalam dilema sama ada dia ingin menikmati hidupnya bersama bakal suaminya di Hong Kong atau memikul tanggungjawab sebagai seorang anak dan menjaga bapanya.

Apa yang saya suka tentang pementasan ini adalah, ia benar-benar mengelirukan penonton. Penonton seolah-olah berada di dalam benak fikiran Andre. Ada kalanya, sesebuah adegan mengatakan Anna sudah bernikah, ada kalanya tidak. Atau watak Anna dimainkan oleh dua pelakon berbeza untuk mengelirukan watak Andre. Ini amat menarik dan mungkin benar dari pendapat pesakit dementia. Mereka seperti melihat atau mengingat perkara yang tidak wujud. Tetapi di dalam fikiran mereka, ia wujud.

Bukan itu sahaja, props yang tertera di pentas juga perlahan demi perlahan “hilang”. Bagi saya, ia melambangkan memori Andre yang lama-kelamaan pudar dari fikirannya. Kesan lampu probe yang membuat penonton pening pun agak berkesan kerana ia membuat kita bingung gitew.

Secara keseluruhan, saya rasa ia satu persembahan yang telah menimbulkan kesedaran terhadap dementia dengan baik sekali. Penonton dapat memahami kesukaran yang dihidapi oleh pesakit-pesakit dementia (walaupun mungkin hanya sedikit). Saya rasa ia amat penting bagi kita, sebagai individu atau sebagai masyarakat, untuk meningkatkan kesedaran mengenai dementia dan memberi pertolongan kepada mereka-mereka yang mempunyai rakan atau keluarga yang menghidap dementia. Ini kerana 1 daripada 2 caregiver menghidap kemurungan kerana terlalu tertekan menjaga pesakit dementia.

Akhirnya, Andre dihantar ke rumah orang-orang tua supaya Anna dapat menjalani hidupnya dengan suaminya. Saya rasa akhir cerita ini agak ideal untuk Anna. Kalaulah ini cerita Melayu, tak ke DURHAQA kau hantar bapak kau ke rumah orang-orang tua? Walaupun dia ada dementia? Hmmm…

Processed with VSCO with g3 preset
Syabas kepada semua yang terlibat kerana menjayakan pementasan yang amat GEMPAK dan bermakna ini!

Keagan Kang is sexy af tho….

Ia merupakan pertama kali saya menonton pementasan Pangdemonium dan saya suka sangat-sangat!

Jom tonton Dragonflies Mei ini!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s