Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Episod 11 #KisahTokKadi2! Wow, cepatnya! Dan seperti biasa, saya akan cuba ringkaskan ulasan ini, ya!
Mai menerima sejambak bunga apabila di hotel di Jakarta. Dari siapa?
Bukan dari sang suami… Jengjengjeng!
Pengantin wanita minggu ini, Kakak Tudung. Kononnya nak promosi perniagaan tudung tetapi malu so dia suruh Mak Andam gedik ni.
Yes, Daddy Fir! Abam Body ni nak kahwin abeh nak jaga body juga.
So what??? Abam Body tak boleh belajar hias bunga??????? Kenapa? Tak jantan ke? Lame sak!!! Gender stereotypes harus dihentikan.
Kelas Ikebana ni kan dikendalikan Shahrul untuk mengumpul dana. So elok la Abam Body sertai bersama bakal isterinya!
Pejabat Mai terpaksa dikosongkan atas sebab-sebab merepek???? Tetiba sak.
Isa menunjukkan gambar-gambar Riyan yang Riyan ambil di Jakarta. Shahrul tidak mahu percaya bahawa Riyan berada di hotel yang sama bersama isterinya.
Ibunya cuba memahami kerisauannya tetapi Shahrul tidak mahu memberitahu mengapa.
Watak Siti being extra.
Skrip ini diadakan kerana bersebab. Bapa Kakak Tudung ingin mengendalikan akad nikah untuk anaknya sendiri tetapi…
Shahrul ternampak gambar Mai dan Riyan serta nota yang diselitkan di buku tersebut…
Pada hari terakhir di Jakarta, barulah Riyan bersemuka dengan Mai.
Ekcili kenapa hari terakhir baru dia menjelma eh? Asal tak stalk dia sejak hari pertama dan goda Mai? Tak strategik langsung.
Keluarga pihak wanita berbincang tentang isu anak angkat.
Si Shahrul ni buat muka seh. Abeh si Mai pun bukannya nak bilang tau pasal Riyan.
Dia ni bongok eh hahahaha. Dia syak dia anak angkat, abeh nak kahwin semua tapi tak mintak kebenaran/pergi DNA test? Sure, sis.
Ayo… Mai kenek marah dengan suami.
Bapak dia terdengar mereka bergaduh abeh nak masuk campur? Gila hal rumahtangga anak pun nak masuk campur. Padahal KAU PUNCA PERGADUHAN INI BODOH!
Padan muka kenek gertak. Tapi si Riyan ni macam nak step berani padahal bople dah kecut hahahaha.
Shahrul memberitahu mereka bahawa mereka harus mencari kebenaran sebelum hari nikah.
Abeh si bapak dia ni nak merajok???????? Padahal pasal nikah tau. Bukannya anak dia nak buang dia ke apa. Gila hahaha.
Siti keguguran. Dan mungkin kemurungan.
Shahrul jelaskan isu anak angkat kepada bapa Kakak Tudung.
Ainah menjadi model untuk tutorial tudung.
mood: sis tudung stripes yang berdiri di tengah-tengah tanpa tanggungjawab
Ni lah orang-orang warak. Hanya memandang mereka-mereka yang “setaraf” mereka. Kalau tak pakai tudung atau “islamic”, kononnya orang-orang itu beneath mereka. Setelah Ainah pakai tudung baru dia perasan Ainah eh? Ada fetish tudung ni…
Meluat.
Setelah syarahan mini daripada Ustaz Shahrul, bapanya akhirnya tak merajuk lagi!
Setelah menghantar ayah Mai pulang daripada hiking, Riyan terserempak dengan Mai di bawah blok. Kononnya nak bagi ole-ole dari Jakarta. Merepek…. Padahal Mai pun dari Jakarta tau?????
Mai serik dengan toxic relationship mereka!!!
Step sak. World!!!!!
Dia kata make-up yang Ainah buat “natural” tau. Ni natural apa siak macam hantu je hahaha. Or is it dia memang dah buruk so that’s her natural look.
Isa memberitahu Shahrul bahawa dia ternampak Mai bersama Riyan…
JENGJENGJENG!
– Pengkritik Sandiwara