Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hmmm… Apa pendapat uolls setelah menonton drama terbaru Suria yang bertajuk Poskad Dari Alhambra?
One thing for sure, lakonan Atikah Suhaime amat janggal sekali. Tak kelihatan semula jadi langsung! Terdapat babak-babak di mana mungkin skrip drama ini yang menyebabkan lakonannya kelihatan pelik. Mungkin bukan dia kot, skrip yang… ganjal ni.
Walaupun begitu, wataknya, Sara, merupakan seorang wanita yang penuh semangat, berwibawa, kuat dan tentu sekali… A FEMINIST!
Tunangnya, Khairul (Fir Rahman), amatlah kongkong padahal baru tahap tunang. Belum tahap suami! Kalau dah kahwin nanti macam mana eh?
Dah terang perangai misogynitstic, fikir dia akan jadi “suami” dia tetapkan kebahagiaan Sara dan “syurga”nya. Padahal belum kahwin!!!!
Sara disuruh ke Sepanyol tapi malangnya ibunya melarangnya kerana risau Sara akan mengalami relapse. Tapi akhirnya dia kasi jugak sebab drama ni tajuk drama ni Alhambra so tak bermakna kalau dia tak dibenarkan pergi.
Pelik sekali, ibunya, Juliana, seorang doktor tapi dia terpaksa ke doktor lain semasa Sara kecil untuk menunjukkan tompok-tompok di badan Sara untuk pastikan dia ada leukemia… ???????????
Sara akan ke Spain dengan sepupunya, Amy (Sheiryn Aisiqa), supaya sepupunya dapat menjaganya. Hmm… Banyak duit mak bapak Sara nak sponsor orang tu? Padahal sepupu dia takde kerja tau??? And Sara tu umur 27 tapi dianggap seperti 7??? Apa sak!!!
Si Khairul pulak agak kurang puas hati sebab Sara akan berjauhan. Eh? Bukan ke absence makes the heart grow fonder? Dah lah tak sedar diri dia tu panas baran, abeh nak step hot? Pui.
Malangnya, seperti wanita yang lain, Sara juga senang cair dengan kekata manis seorang lelaki sampah. Nampak sah dia tengah steam bila Khairul hantarkan pesanan sayang apabila Sara baru tiba di Sepanyol.
Agak-agak… dapat ke Sara membongkar rahsia umrah yang telah lama dipendam dan ditelan zaman apabila dia membuat kerja-kerja siasatan di Sepanyol? Mungkinkah Khairul akan ke Sepanyol untuk pikat hati Sara? Amy pula akan dapat cari kerja di sana ke?
Drama ini ada potensi! Cuma skrip watak Sara agak terlalu baku! 😦
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!