Turun Cakap Nick Mikhail ada ‘haters’?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Belum sebulan saluran YouTube Nick Mikhail dirasmikan, ada sajaaa kontroversi yang melanda retis dan usahawan ini! Nampaknya… dia dah ada HATERS NERAKA!

Baru-baru ini, Nick Mikhail ada mengongsikan gambar di Instagram Storynya (@nickmikhailrazak) yang memberi bayangan bahawa terdapat sekelompok puak manusia yang membawang tentang saluran YouTubenya, Turun Cakap!

Saya dengar ramai yang membawang tentang saya membawa cap ini di profil mereka. Pahlawan huh?

Cap yang dimaksudkan YouTuber yang mempunyai lebih 2000 pelanggan itu ialah… “OLG Warriorz”. Hmm… Apa tu? Dan siapa mereka? Kenapa mereka membawang tentang Nick?

Selang beberapa jam kemudian, pengasas Hombre21 itu meluahkan perasaan di IGS sekali lagi.

Aku bukan di sini untuk bergaduh. Aku di sini untuk pamerkan kerja aku dan tunjukkan siapa diri aku. Aku bukan hipokrit di mana aku ke udara dan berhujah atau ketawakan orang. Aku adalah aku. Nick Mikhail. Hanya aku. Jadi untuk kali terakhir aku akan katakan ini. Aku tidak heran kalau korang berjuta. Aku takde heran korang ada pahlawan. Dan aku tak cakap satu benda dan lakukan perkara lain. Ok?

– Nick Mikhail

Siapakah pahlawan berjuta yang Nick maksudkan? Kenapa dia berang sangat? Apa yang terjadi sehingga dia berkelakuan sebegini?

Ramai netizens membuat spekulasi bahawa tanda pagar #BilaBilaBolehGo #BBBG adalah sindiran terhadap tajuk podcast terkemuka Singapura. Namun, ini hanya andaian semata-mata.

Pada 28 Febuari, Nick mengongsi IGS yang memberi pembayang identiti hatersnya.

Aku sedar ramai haters Turun Cakap datang daripada sekumpulan pod cast tertentu. Kalaulah korang tahu… Walauapapun, aku Nick Mikhail, apa lagi tunggu.

Hmm.. Tahu ape eh? What’s the tea here?

Kenapa saluran YouTube Turun Cakap terima banyak hate sedangkan ia bicara tentang artis-artis dan mendedahkan kebenaran dunia hiburan setempat? Entahlah… Semoga YouTubenya terkenal dan berjaya!

Dan siapa Pod Cast Groupie tu eh? Apa itu Pod Cast Groupie?

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s