Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Keliru.
Itulah yang bermain dalam benak fikiran setelah menonton persembahan tarian oleh SRIWANA yang bertajuk Gading. Tapi pada masa yang sama, amat terhibur melihat ragam tari yang dipersembahkan di pentas Esplanade itu.
Melihat poster rasmi persembahan ini, yang penuh dengan wanita ayu gagah perkasa, memakai busana cantik lagi menawan, dilengkapi dengan aksesori yang berkilau, saya sangkakan bahawa saya bakal menonton sebuah persembahan tradisional, bertemakan perkara yang bersangkut paut dengan “gading”.
Tapi, apa yang dikongsikan bersama penonton melalui persembahan ini adalah apa yang tertera di tajuk persembahan ini. Iaitu gading.

Terdapat babak di mana para penari memakai busana ala-ala gajah, kelihatan lebih abstrak. Ada juga babak di mana kostumnya benar-benar melambangkan gajah. Seolah-olah saya berada di muzikal The Lion King!
Secara terus terang, saya benar-benar ingin melihat bagaimana para penari berinteraksi dengan kesan visual yang dipancarkan sebagai latar belakang persembahan ini, tapi ia cuma dilakukan pada akhir persembahan. Kan lebih menarik kalau boleh ada lebih interaction antara penari dan kesan visual?
Dan… sedang kami menikmati persembahan, tiba-tiba, ada seorang kakak ranger yang muncul dan memberitahu kami fakta tentang pemburuan haram terhadap gajah dan gading mereka. Agak pelik sekali kerana babak itu seperti out of the blue! Bukan itu saja, bila kakak tu cakap pasal pemburuan haram dan sumber kematian gajah ni semua, dia gembira tau? Tapi bila dia berbual dalam bahasa inggeris pulak, terus dia serius. Kenapa eh?

Agak refreshing melihat tarian Melayu yang tidak mengupas tentang isu yang dekat dengan hati masyarakat Melayu. Because what? We are going international! Tak pasti berapa mendalam isu perdagangan daging dalam masyarakat Melayu Singapura but usaha yang positif di mana SRIWANA menimbulkan isu ini agar dapat meningkatkan kesedaran tentang isu ini!
Tentu sekali, tarian merupakan bahasa universal di mana apa saja isu boleh dikupaskan. Tak kisah lah isu identiti, politikal, iklim dan lain-lain lagi.
Cakap pasal universal… konsep tarian ni pun universal, kan? Ada pengaruh hip-hop, bboy dan busananya (correct me if I’m wrong) mungkin diinspirasikan oleh afroethnic atau budaya orang asli!
Terutama sekali babak di mana para jejaka memburu gajah dan para srikandi dan perisai mereka melindungi gajah-gajah yang diburu. Rasa macam dalam filem Black Panther pun ada!

Saya amat suka babak terakhir di mana ada mahkota (?) yang tertera di skrin. Pola lantai penari dan posisi mereka, bersama busana dan mahkota yang tertera di skrin menunjukkan kemegahan sang gajah dan kekuatan mereka. Amat menakjubkan sekali!
Pada pendapat saya, persembahan ini menceritakan tentang kebesaran dan kekuatan sesuatu yang senang ditewaskan. Sebagai contoh, seekor gajah yang sememangnya dikenali sebagai seekor haiwan yang kuat, besar, dan sebagainya senang ditewas hanya kerana gadingnya dicuri daripadanya. Dan walaupun gajah itu besar dan kuat, dan mempunyai kebolehan yang lain, hanya gadingnya yang bernilai tinggi.
Begitulah dengan manusia. Seseorang boleh mempunyai ilmu yang tinggi (sehingga menara gading) tapi siapakah dia tanpa ilmunya? Gitew, sis berfalsafah. Tiber!
Tahukah anda, dalam bahasa Melayu, menara gading disifatkan sebagai universiti dan sesuatu yang positif, tapi dalam bahasa Inggeris, “ivory tower” itu merupakan perkara yang negatif. Di mana ia merupakan tempat di mana orang berkerumun dan dipisahkan dari masyarakat, seolah-olah dalam dunia mereka sendiri?
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!
[…] mempertengahkan alam sekitar! Filem Makmum 2 pun begitu. Pada 2020, Sriwarna menjayakan pementasan Gading menceritakan nasib […]
LikeLike