Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pelakon dan hos terkenal, Suzairhe Sumari terjumpa seekor penyu di pantai East Coast.
Di Facebooknya, Suzairhe mengongsi video yang menunjukkan seekor penyu di persisiran pantai itu.
Terkejut dan terharu melihat haiwan itu, Suzairhe menulis:
➡️ 20.03.20: Welcome To Singapore My Friend. Wow, I’m Flabbergasted. She’s Been Searching For a Spot To Lay Eggs For About An Hour. Unfortunately Not A Right Country To Leave Behind Her ‘Gems’. Maybe. Btw, I Did Informed Acres Wildlife Rescue Centre. Dear ‘Penyu’ (Turtle), ThankQ For Showing Up. You Make My Day. May God Protect You. #TurtleInSingapore #RareSighting #MarineCove #EastCoast #NoExtraLightsShoneAtTheTurtle #EastCoastAreWellLighted #KudosToHuaweiP30Pro #NightMode
Selamat datang ke Singapura, kawanku. Wow, saya terkejut. Dia mencari tempat untuk bertelur selama sejam. Malangnya ini bukan negara yang sesuai untuk meninggalkan ‘permata’nya. Mungkin.
Dalam video selama lebih kurang 20 saat itu, kelihatan seekor penyu yang kemungkinan mencari-cari tempat untuk bertelur. Pada masa yang sama, Suzairhe juga menjelaskan bahawa dia telah memberitahu pihak yang tertentu mengenai peristiwa ini.
Saya telah memberitahu Pusat Penyelamatan Kehidupan Liar ACRES. Kepada Penyu, terima kasih kerana hadir. Anda membuat hari saya. Semoga dilindungi Tuhan.
Menurut sumber-sumber tertentu, terdapat beberapa penyu yang kembali ke persisiran Singapura untuk bertelur. Terutama di Pantai Changi! Menarik, kan?
Semoga penyu itu dan anak-anaknya selamat ya!