Teater Ekamatra batalkan BERAK

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Beberapa jam yang lalu, Teater Ekamatra telah memutuskan untuk meniadakan pementasan BERAK yang sepatutnya berlangsung pada 25 hingga 28 Mac di Funan.

Di Instagram Teater Ekamatra, mereka dengan dukacitanya mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan pementasan BERAK dek COVID-19.

Teater Ekamatra berkata bahawa krisis ini menjejas mereka yang bekerja berkaitan seni dan budaya, dan Teater Ekamatra sendiri tidak terkecuali.

Pada masa yang sama mereka berharap bahawa orang ramai dapat menderma demi melindungi suara minoriti semasa krisis ini.

Para pembeli tiket akan dihubungi Sistic mengenai pengembalian wang bagi tiket yang telah dibeli. Ataupun mereka boleh mendermakan wang tersebut.

Dalam masa yang sukar ini, ayuhlah kita bersama dan menyokong seni tempatan kita sebagaimana mungkin.

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s