Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Mungkin ramai orang yang menantikan lagu hit terbaru daripada ikon terkenal di Singapura, JB dan some say Batam dari lewat Januari lagi… dan akhirnya, detik itu tiba juga.
Dengan tajuk yang ranggi lagi mencanak, PCK sekali lagi mendidik warga Singapura (dan mungkin dunia) cara-cara untuk menjauhi wabak yang sedang menyerang bumi ini!
Singapore Be Steady merupakan sequel lagu SARVIVOR sempena SARS pada 2003!
Antara nasihat bernas dikongsi dalam lagu kedua demi COVID-19 ini menyentuh isu pembelian panik, berita palsu dan betapa penting situasi COVID-19 ini.
Difahamkan bahawa Lady Gaga telah pun pengsan kerana penantian sequel Telephone masih belum dijumpai walaupun PCK telah terbitkan sequel SARVIVOR. Rihanna, BTS dan Blackpink juga dipercayai dilanda musibah.
Dalam waktu sukar ini, ayuh sama-sama menunaikan tanggungjawab sivik kita demi menjaga kesejahteraan warga Singapura!
Soalan di benak fikiran netizens kini: Lagu mana yang lebih berkesan? Singapore Be Steady atau nyanyian Siti Nurhaliza ‘Nasihat Coronavirus’?
Hmm… satu merdu, lagi satu padu!
Awal pagi tadi, Tokti telah melancarkan single terbarunya bertajuk Sama-sama Sehati!
Menurut Tokti di Facebook dan Instagramnya, ini semua dilakukan di rumah menerusi telefon bijaknya. Wow, menarik! Lagu mana favourite awak?
– Pengkritik Sandiwara