Rintihan Buana papar perubahan iklim

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dalam pementasan NUS Ilsa Tari berjudul Rintihan Buana tahun ini, kumpulan tarian itu bakal mempersembahkan sebuah terbitan tarian kontemporari yang akan menimbulkan isu perubahan iklim dan perhubungan antara manusia dan alam semula jadi yang semakin renggang.

Lama-kelamaan, manusia semakin bergantung kepada teknologi menyebabkan kita untuk terputus dengan alam.

Dalam dunia Melayu, memang sudah jadi satu kebiasaan untuk berhubung dan mempelajari dengan alam sekitar sehinggakan ia menjadi sebahagian warisan kita. Alam sekitar dianggap sebagai ilmu dan dihargai oleh masyarakat Melayu sehinggakan ia mempengaruhi budaya, tradisi dan kehidupan kita.

Namun, fenomena ini tidak lagi wujud dalam kalangan generasi muda kerana kita tidak lagi mempunyai peluang untuk bersama alam.

Dibahagikan kepada 4 fasa: Kebinasaan, Kebangkitan, Kesan/Kenangan dan Kebenaran, Rintihan Buana ingin meingatkan kembali kepentingan menghargai dan berhubung kepada alam sekitar demi melestarikan budaya dan adat.

Jika anda berminat, persembahan ini berlangsung pada 13 Februari di University Cultural Centre. Tiket boleh didapati di sini.

Nampaknya baru-baru ini seni mempertengahkan alam sekitar! Filem Makmum 2 pun begitu. Pada 2020, Sriwarna menjayakan pementasan Gading menceritakan nasib gajah.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: NUS Ilsa Tari)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s