Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tatkala menonton filem seram, pasti jalan cerita penuh misteri dan saspens yang kita jangkakan.
Selalunya, ada saja pendengki yang cuba merosakkan kehidupan watak utama. Dan oleh itu, jadual sehariannya sering terganggu dek momok.
Namun, kesinambungan filem Makmum yang ditayangkan di pawagam pada 2019 bukanlah seperti filem seram Nusantara yang lain. Bahkan, penonton dapat belajar beberapa perkara apabila tamatnya filem Makmum 2 ini.
Dibintangi Titi Kamal, filem hantu ini menceritakan sebuah kampung kuno yang membantah arus pemodenan. Kampung asli Rini tidak punyai elektrik atau bekalan air dari sumber canggih. Ini bermakna mereka mengharapkan cahaya api pada waktu malam dan perigi/sungai untuk air.
Pada masa yang sama, semasa Rini di kampungnya, dia terganggu oleh seekor makmum (mungkin yang sama dari filem Makmum pertama).
SPOILER ALERT 🚨
Namun kali ini, makmum itu ingin memberinya amaran (dalam cara menggerunkan).
Pendek kata, sebuah masjid dibina berdekatan Hutan Larangan dan Tok Dalang/Pak Ustaz yang tidak inginkan elektrik di kampung itu ingin menebang pokok besar kerana berpendapat bahawa tapak itu lebih subur di mana tanahnya lebih kuat.
Malangnya, tanpa disedari penduduk kampung, mereka sudah melanggar kawasan yang dimiliki makhluk lain.
Kawasan itu kononnya teritori Dewa/Dewi Hutan yang kelihatan hodoh. Dan hantu tu pun mengacau Rini dan budak-budak kampung.
Kelakarnya, cara untuk meleraikan masalah ini adalah untuk membaca doa serta menanam dua batang pokok sebagai perjanjian damai oleh pihak kampung.
Natijahnya, filem ini seolah-olah ingin mengingatkan penonton akan kesan negatif deforestation atau penghapusan hutan.
Kita tidak patut menebang pokok demi kepentingan manusia. Pelbagai makhluk lain yang perlukan hutan.
Mungkin filem ini sebuah propaganda untuk menyampaikan mesej ini kepada rakyat Indonesia yang suka menonton filem seram. Syabas! InsyaAllah, kalau filem ni betul sukses dan penonton dapat pelajari makna tersirat Makmum 2, kita di Singapura tak akan alami jerebu lagi! 💨
Pokoknya (pun intended), Rini seorang environmentalist yang pertahankan hak hutan dan memperjuangkan apa yang patut!
Di akhir filem ini, elektrik dipasang di kampung itu dan hujan pun turun. Ini melambangkan keseimbangan di mana manusia boleh saja menikmati kemodenan dan tetap memelihara alam sekitar. 💚
Jika anda ingin menonton, silalah ke Golden Village terdekat!
Min cuma harapkan bila hantu tu terbakar dia tukar jadi dewa/dewi hutan ala Winx Club Flora.
– Pengkritik Sandiwara
[…] baru-baru ini seni mempertengahkan alam sekitar! Filem Makmum 2 pun begitu. Pada 2020, Sriwarna menjayakan pementasan Gading menceritakan nasib […]
LikeLike
[…] adalah Khanzab, sebuah filem Indonesia yang mirip-mirip Makmum yang dikeluarkan […]
LikeLike