Opposition: pementasan terakhir TNS di Marine Parade CC

Salan sejahtera, para pembaca setiaku!

Syarikat teater terkemuka, The Necessary Stage (TNS), bakal mempersembahkan pementasan mereka yang terakhir di Balai Rakyat Marine Parade tahun ini.

Berjudul Opposition, ia merupakan siri terakhir trilogi selepas Manifesto (2016) dan Underclass (2018) di mana TNS bekerjasama dengan Drama Box untuk menjayakan trilogi ini.

Menurut Haresh Sharma, penulis Opposition sendiri: “Opposition sebuah gabungan yang menarik antara persembahan secara langsung dan multimedia.”

Berkisarkan tentang sepasang pasangan yang memulakan syarikat teater sambil menjalinkan hubungan peribadi. Lama-kelamaan, hubungan mereka semakin renggang. Adakah mereka akan berkorban demi kehendak dan kebenaran?

Alvin Tan, selaku Pengarah Artistik TNS bersama Kok Heng Keun, Pengarah Artistik Bersama Drama Box akan mengarah Opposition.

gambar: Yong Shuling

Persembahan yang dibintangi Goh Guat Kian, Joshua Lim, Masturah Oli, Siti Khalijah Zainal, dan Tan Guo Lian Sutton ini merupakan karya TNS terakhir di blackbox Balai Rakyat Marine Parade sebelum meninggalkan rumah mereka.

“Ia satu hasil yang tak terduga bahawa Opposition adalah persembahan perpisahan di Blackbox TNS. Ia ideal buat saya kerana ini antara karya TNS yang paling komplex, yang menyentuh keperibadian, sosial, politik dan berfalsafah,” kongsi Alvin Tan.

Opposition akan berlangsung pada 17 Mac hingga 3 April. Anda boleh dapatkan tiket-tiket anda di sini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Yong Shuling)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s