Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Underclass merupakan salah satu pementasan teater yang teramat sebak dan berjaya menyentuh jiwa saya di beberapa adegan. Mungkin kerana kerelevanannya yang amat ketara dan secara peribadi, persamaan dan juga unsur realisme yang sungguh berkesan yang kerap kita lihat di dalam kehidupan sehari-harian.

Diarah oleh Alvin Tan dan Kok Heng Leun, pementasan ini menyentuh hal-hal berkenaan dengan jarak antara kelas (urgh I can’t think of class divide in Malay) yang semakin renggang di Singapura. Tentu sekali, tulisan Haresh Sharma selalu membuat penontonnya fikirkan isu-isu sosial semasa menonton pementasannya.
Dilakonkan oleh Brendon Fernandez, Goh Guat Kian, Kween Siti K, Yang Shi Bin dan Yazid Jalil, mereka berlima bergilir-gilir memainkan beberapa peranan dalam pementasan ini untuk menghidupkan isu-isu genting berkenaan class divide ini (kecuali Goh Guat Kian yang hanya memainkan seorang watak (utama) sepanjang pementasan).
Pementasan ini mengetengahkan isu tentang kesusahan orang-orang yang telah pun hidup dalam kemiskinan. Seolah-olah telah jatuh, ditimpa tangga. Watak utama yang ingin meminta bantuan dari pemerintah tidak dapat bantuan kerana beliau tidak “cukup miskin”, ini menunjukkan bahawa golongan pertengahan yang sering dilupakan dan terpaksa kerja lebih keras kerana tidak mendapat pertolongan daripada badan pemerintah.

Selain itu, watak-watak ahli politik, usahawan juga dimunculkan. Ini menunjukkan bahawa bagaimana orang-orang seperti ini “menolong” golongan yang susah. Tapi, benarkah dengan harta dan wang mereka yang lumayan, mampu menolong orang-orang susah ini? Dan oleh kerana mereka telah berjaya, mereka berhak untuk mengatakan bahawa kesukaran itu penting untuk mencapai kejayaan? Padahal, mereka lahir dalam kehidupan yang senang?
Saya juga suka pementasan ini kerana dinding ke-empat telah dipecah (breaking the 4th wall). Di beberapa babak, para pelakon akan berbincang tentang watak-watak lain atau watak mereka sendiri. Membuat pembandingan antara watak mereka dan diri mereka. Atau persamaan yang mereka kongsi. Amat menarik melihat babak-babak ini!
Saya juga suka dengan setnya di mana ia sekadar kotak-kotak, tetapi amat berguna sehinggalah babak terakhir! Di mana watak utama SINGLE HANDEDLY dismantle it. LMAO it’s a pun sebab dia ada stroke so dia guna satu tangan je bye!!!
Saya berpendapat bahawa ia satu pementasan yang amat bagus sekali kerana ia membincangkan hal-hal yang mungkin tidak dibicarakan secara terbuka. Tentang golongan yang susah yang sering kita lihat di tepi jalan atau bawah blok tetapi tidak pernah tercetus pun ingin menolong mereka mengangkatkan kotak-kotak yang mereka kumpulkan atau membeli tisu-tisu yang mereka jualkan. Kita terlalu taksub dengan “kesusahan” yang kita hadapi sehinggakan kesusahan orang lain dianggap remeh atau bukan masalah kita. Padahal, kita sebagai sebuah masyarakat mampu memberi kesan kepada kehidupan mereka ini.

Saya juga bertanya kepada diri saya, apa yang akan saya lakukan jika saya ternampak seseorang yang sedang mengumpul kotak di bawah blok?
–Â Pengkritik Sandiwara
[…] menghangatkan lagi GE2020, ayuh kita tonton Underclass oleh The Necessary Stage di wadah […]
LikeLike
[…] Opposition, ia merupakan siri terakhir trilogi selepas Manifesto (2016) dan Underclass (2018) di mana TNS bekerjasama dengan Drama Box untuk menjayakan trilogi […]
LikeLike