Selamat Hari Ibu (oops terlambat)!
Maklumlah, sebagai seorang ibu, saya amat sibuk dengan tugasan-tugasan yang harus diselesaikan. Seperti susukan anak, beranak, jaga kehendak batin suami, memasak, mengemas rumah, lipat kain, dan macam-macam. Mujurlah saya seorang ibu yang dihadiahkan kuasa Super Power iaitu KEBOLEHAN IBU. Segalanya selesai! Dan kini, ada masa untuk tuliskan blog ini. Huhu.
Dan seperti tahun-tahun yang lalu, Suria dengan biasanya menerbitkan telemovie khas sempena hari ibu. Kali ini, telemovie yang bertajuk Bonda yang dibintangi Seri Wahyuni Jaes. Dia juga pengarah rancangan ini. Menarik!
Dah lama tak nampak beliau berlakon di kaca TV, selalunya di belakang tabir sahaja! Bestnya!
Telemovie kali ini mengisahkan seorang ibu yang dihidapi bipolar. Satu lagi telemovie yang menceritakan tentang isu mental. Seperti telemovie Hari Ibu tahun lepas, Kerana Kasih. Saya akan bincangkan tentang kesamaan kedua-dua telemovie ini pada akhir post ini!
Ana terdengar perbualan antara ibu dan ayahnya. Ayahnya sudah pun mengahwini seorang wanita Batam (or something) tanpa pengetahuan keluarganya!
Kesian maknya.
Abeh dia main Merry Go Round sampai gila dengan anak dia???
Suaminya dihantar oleh seorang skandal.
Dimarahi oleh suami kerana melayan anak seperti bahan.
Doktor memberitahu bahawa bayi di dalam kandungan telah pun meninggal… 😦
Ibunya sarankan untuk mengebumikan itu. Dan mengatakan bahawa ia takdir dan sedang menunggu di pintu syurga. Sebak dok adegan ini. Baru mula je I dah menitis air mata!
Sungguh sedih ye melihat seorang ibu yang harus melahirkan seorang anak secara normal tetapi bayi yang diteran sebenarnya telah mati 😦
Beberapa bulan kemudian, Ana pulang ke kerja. Tapi, tugasannya semua sudah diambil alih. Baru mula kerja, dia ambil cuti sebab anak dia sakit. Huh..?
Dia pulang rumah dan suaminya pun kenek kantoi dengan skandal.
Wow I suka adegan ni sungguh feels!
Setelah itu, Ana dah mula menunjukkan personalitinya yang pelik. Dia nak naik rocket untuk ke hospital dan bukan ambulans!
Fakta menarik: ahli keluarga tidak dibenarkan duduk di belakang ambulans atas sebab-sebab keselamatan. Selain itu, takde maknanya duduk di belakang kerana anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk pesakit. Biarlah paramedik lakukan kerja mereka.
Ana tidak ingin mendapatkan rawatan lanjutan 😦
Si suami dah berskandal abeh masih tak nak mengaku! Kurang ajar.
Si pakcik dia kata buatan orang? Hmm ni la Melayu kuno dengar MJ12 tiap-tiap malam!
Padan muka kenek marah dengan Pak Haji. Ni semua sentap @ orang-orang Melayu yang selalu kata segala benda ada kena mengena dengan jinn dan syaitonne.
Ana marah dengan ibunya kerana membawanya ke seorang “pakar”. Sampai tertarik tudung! Kesian sak.
Jiran kepo.
Laki dia ni eh. Mentang-mentang isteri dia kurang waras, dia nak mempermainkan hati isteri dia? Pui.
Mereka pun berpisah.
Me @ cyclist yang tak gunakan bicycle lane.
She’s in the mood.
Sebenarnya saya berpendapat bahawa konflik antara ibu dan bapa Ana tidak perlu kot. Walaupun ini adalah faktor yang mencetuskan keadaan bipolar Ana. Cuma kesannya tidak begitu hebat kot?
Bapanya rasa lebih senang berada di Batam (or whatever) kerana tiada masalah dan boleh uruskan niaga di sana bersama isteri kedua.
Ana disahkan menghidap bipolar.
Tahun: 2014. Ana kelihatan lebih sihat dan stabil!
Anaknya pula ingin ke London untuk berjumpa ayahnya di situ.
Ana mula rasa rimas apabila anaknya tidak menghubunginya apabila di London. Dia triggered.
Dia pun menyopping. Beli segala benda yang dia nak.
Kesian maknye. Sampai dicampak kunci.
Kurang 1 minit polis sampai. Ni tak realistik. Polis sampai lambat tau.
QUEEN!
4 tahun kemudian. Dia dah stabil dan ada bisnes dari rumah.
Dia mengorat dengan abang delivery HAHAHAHA maklumlah, dah lama tak dapat!
Tapi anak dia potong stim la pulak!!!!
Tapi seperti biasa, MEN R TRASH. Setelah diberitahu bahawa Ana tidak siuman, si laki ni dah tak nak Ana lagi??? Tadi ye-ye-oh nak sangat bersetubuh abeh ni??? LAME.
Ni la generasi sebelum ni. Tidak tahu menahu akan FASHION STATEMENT.
Video Ana memperagakan Spring collectionnya viral di Internet! Zi amat marah dan terus menuju ke rumah jiran kepo.
Mampui kenek marah, padahal siapa yang rakam video itu eh?
Kasihan.
Zi meluahkan perasaan kepada rakannya.
Anak jiran kepo yang menviralkan mengongsi rakaman tersebut. Pelik, budak kecik yang kongsi sesama rakan pun boleh viral eh? Hmm…
Dia ada anxiety attack.
Dia taku sakit mental ni semua baka.
Ana membuat seramik sebagai rawatan.
Zi takut perkara keadaan sakit mental ini bakal menjejas kerjayanya.
Kata-kata pujangga oleh nenek.
Bapanya bangga dengan sifat keusahawanan anaknya.
Ana menyerbu fashion show anaknya.
PERANGAI TANGGANG
LOL.
Celebrity model.
Ni tak tau perli ke apa.
Zi menangis kerana fashion shownya telah dimusnahkan oleh ibunya.
Dia mengadu kat ayahnya.
Saya ingatkan benda ni mitos tau????
Nenek terjatuh sedang dia ingin mencapai pinggan yang diletakkan di tempat tinggi. Entah siapa yang letak???
Dia kongsi perkara ini kepada ayahnya. Dia kata perangai ibu dia adalah punca penceraian. Ayahnya pun jelaskan isu penceraian.
Ayahnya pun memberitahu perkara sebenar…
So what is the truth? Di dalam flashback, Zi telah keluar lif dan Ms Skandal masih belum turun tangga. Tetapi, di awal rancangan ini, Zi baru nak jejak keluar dan Ms Skandal telah pun menurun tangga. Explain.
Dan kini Ms Skandal ke mana, kau ke mana.
Sesi bermaafan.
Si pereka fashion tu faham keadaan Zi kerana dia pernah melalui perkara yang sama.
It’s that easy to overcome panic attacks?
Menyampah.
Kuasa 3 wanita bersatu. Macam power rangers.
So… Saya rasa it’s a good show tapi ia tidak memberi kesan yang mampu membuat saya menitiskan airmata. Cuma yang 1st part je bila Ana terpaksa melahirkan anak yang telah mati.
Selain itu, ia sebuah rancangan yang holistik uh. Ia meningkatkan kesedaran akan penyakit mental yang sering disalah anggap oleh masyarakat kita. Isu baka, tahyul dan sebagainya. Menerusi rancangan ini, mungkin masyarakat kita dapat memahami hal ini dengan lebih mendalam lagi. Dan dapat membuang buruk sangka terhadap golongan ini dan menghulurkan bantuan. Paling sikit pun, toleransi. (but tbh it should be more than that)
Apa yang saya kurang suka adalah… Adakah penonton disajikan dengan telemovie hari ibu yang BARU? Jika anda masih ingat lagi, telemovie hari ibu tahun lepas (Kerana Kasih) juga mengisahkan seorang ibu yang mempunyai keadaan mental; autisme.
Bukan itu sahaja, di dalam kedua-dua rancangan, dua-dua watak utama (Ana dan Eja) diceraikan. Dan hidup bersama ibu setelah itu. Kenapa eh? Takde idea baru lain ke? Mereka juga ada seorang anak perempuan. Dan memerlukan pertolongan seorang lelaki profesional (doktor vs cikgu). Adakah ini formula Suria untuk membuat telemovie?
Ok. Itu sahaja.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)