Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sudah pun masuk bulan Ramadan! Pantas sekali, ya.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas segala kemerepekan dan salah silap yang telah kami lakukan. Harap jangan terguris hati. Kalau anda tersinggung, memang bodoh…
Ayuh kita saksikan episod 2 dan 3 drama khas sempena bulan Ramadan, Ikhlas.
Episod 2
Khai ternampak sebuah keluarga yang mungkin memerlukan pertolongan daripada masyarakat tetapi mereka tidak ingin dibantu.
Di rumah, si tudung angsty rupa-rupanya seorang ibu tunggal anak tiga yang telah diceraikan oleh suami. Dia menumpang di rumah kakaknya, namun tidak membayar duit sewa. Disebabkan itu, abang iparnya agak marah.
Khai memberikan cokelat kepada salah satu anak tudung angsty apabila terserempak dengan mereka di taman permainan. Mampus, budak tu ada alahan! Khai dimarahi ibu budak tu. Nasib ada Hakim to the rescue nak tolong bawak ke klinik. Hmm… Kebetulan betul.
Si dekni masih tak suka maid dan rasa bahawa maid ni nak cuba mengurat dengan suami anaknya…
Gelilah wei.
Dia nak meminta bantuan dari masjid tapi malu… Malu tapi mahu.
Ni la lelaki ego besar wei. Ada masalah wang tapi nak uruskan sendiri. Padahal isteri boleh tolong. Step je.
On the other hand, si mamat ni nak duit dari bekas isteri dia. Gila. Dah la tak bagi nafkah!
Suria addressing masalah makcik pakcik. We stan.
Si dekni tak nak duduk bersama seorang uncle yang sedang makan babi. Duduk semeja je kot bukan makan semangkuk…
Hakim diberi tawaran kerja di luar negara. Tetapi dia macam nak taknak sebab dah ada calon di Singapura, gitew.
Kenapa eh? Ni cerita hantu ke??? Keliru I.
Dalam rumah seorang penerima zakat, anak dia berkelakuan begini???? Hmm ok.
Kakak tudung angstey pun akhirnya meminta bantuan daripada masjid, alhamdulillah anak-anak dihantar ke sekolah/madrasah dan dia diberi kerja/menjalani kursus untuk mempertingkatkan diri.
Dia tau bekas isteri dah upgrade, hidup dah senang sikit, terus dia nak mintak duit. Pui. Abeh tuduh Hakim pengganti dia? Pui. Pui. Pui. Kau tu dah takde fulus memang berhak diganti.
Hmm… World. Mentor ke-empat la apa la. Tapi saya rasa di sini Suria berjaya mengetengahkan isu yang penting yang sering muncul di dalam masyarakat kita.
Apabila seseorang menerima bantuan, mungkin menerusi kursus dan sebagainya, si penerima bantuan ini mungkin akan rasa tidak bersemangat dan tidak mendapat merasakan ganjaran kerja kerasnya secepat mungkin. Dan oleh itu, mungkin akan kembali ke cara hidupnya dahulu. Tetapi, dengan kata-kata semangat oleh orang-orang terdekat, mungkin si penerima bantuan boleh berjaya.
Pendek kata, jangan jadi pemalas.
Hakim cuba meminta nasihat daripada Khai yang pernah bekerja di luar negara.
Satu geng menyambut hari jadi tudung angsty di bawah blok lol.
Khai PMS??? Hakim cuma ingin mendapat perspektif tentang pekerjaan sukarelawan di luar negara abeh Khai nak marah-marah?
Saya suka episod ini kerana Suria mengetengahkan realiti di mana bekas suami yang tak tahu malu dan meminta wang daripada bekas isteri!!!!
Episod 3
Hakim akan terus kerja di sini. Lebih selesa la tu.
TBH, saya kurang setuju dengan melepaskan cita-cita atau peluang keemasan di luar negara demi “cinta”. Kalau Khai bukan jodoh dia amacam? (tapi ni drama Suria klisye so…)
Kakak mata stoink ni seorang ibu, suaminya bakal keluar penjara. Namun, anak sulungnya tidak suka ayahnya kerana peristiwa hitam yang masih terpaut di benak fikirannya.
Kononnya dah berubah. Ye ke?
Adik ni malu jika rakan-rakannya tahu tentang latar belakangnya, walaupun dia ni top in cohort.
Memang betul. Anak sulung mereka sedang dalam fasa rebellion.
Ok Suria… So masa Hakim darjah 1, si bekas penagih dadah ni apa? Menengah 4? Abeh main di kolong blok bersama? Gila.
Isterinya agak sangsi apabila suaminya bercampur dengan Hakim. Dia tidak ingin suaminya balik ke jalan yang songsang!
Anaknya meluahkan perasaannya dan memorinya ketika ayahnya ditahan polis.
Hakim menyarankan kerja kepada bekas banduan.
Siapakah budak kecil ini yang memanggil Hakim “abah”???????
LOL budak ni kata “mak kata takde orang kat rumah” LOLLLL Classic.
Penerima zakat ni ada banyak benda elektronik! Mampus kenek kantoi… Dia kata “orang kasi” agar boleh mulakan jual-jualan gitu.
Konflik of interest antara tukang gaji dan nenek.
Budak kental ni ada crush dengan top scorer.
Tukang gaji ingin berhenti kerana tak sanggup dengan karenah nenek tua tu. Baby yang ada benjol disebabkan kecuaian nenek, maid yang dipersalahkan…
Sesi motivasi mengenai tanggungjawab seorang ibu.
WHO NEXT UR MOTHER
Bengap sak kucing pun nak bayar zakat. What a lame joke.
Peliknya. Dia seorang je yang tunggu anak dia balik dari Madrasah. Yang lain mana? Tidur kat sekolah ke?
Mak dia fikir ni dua matair? Padahal angkat kotak kucing je kot.
Dia mengadu kepada Khai akan ketidakadilan di rumah.
Mereka cuba mengatasi masalah ni dan memberitahu kakak muka stoink tu. Tapi dituduh jaga tepi kain orang.
Anaknya terdengar ayahnya berbual pasal “barang”.
But dia dah taubat kan, obviously dia berbual pasal lontong sebab sekarang dia kerja di kilang lontong. LAME.
Oleh kerana hampa dan marah, anaknya lari rumah!
???????? Orang cuma nak tolong kot.
Bulan puasa lepak kat bawah blok. Elok la sangat.
Kesian dia kerja sampai malam!
LAME kan. Abeh asal kau gunakan istilah-istilah seperti “barang” “duit jatuh” dan sebagainya? Gunakanlah istilah-istilah yang sesuai untuk mengelak salah faham, bodoh.
Ingatkan keluarga mereka tak mampu bayar bil api-air.
Masjid ni ada photo booth untuk ZAKAT abeh dia menyakat orang apabila mengambil gambar setelah membayar zakat? Hmmm………. bodoh.
oh… Siapa Adi?
FACE CRACK OF THE (holy) MONTH!
Siapakah Adi dan siapakah wanita itu? Bekas isteri? Bekas kekasih? Bekas ONS?
Ekcili, kenapa Hakim dan Khai sering bertembung eh? Ye, memanglah diorang ni watak utama, tapi, there’s no reason why they are always together. Macam terlalu bagus unsur kebetulannya.
Apa terjadi kepada penerima zakat yang ditonjolkan pada episod lepas? Seperti pakcik lipas tu? Cerita dah habis ke? Selain kes-kes penerima zakat, apa lagi yang boleh penonton jangkakan daripada drama ini?
Selain itu, Ketuk-ketuk Ramadan mana?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)