Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sekali lagi, Suria menerbit drama yang mementingkan unsur agama bertajuk Ikhlas! Dalam drama ini, kisah-kisah penerima zakat dihidupkan. Mungkin drama ini sempena Ramadan yang akan tiba minggu depan, eh?
Dibintangi Izyan Mellyna dan Norman Ishak, drama ini merupakan sequel bagi Kisah Tok Kadi 2. Kehidupan watak Ainah dan Ustaz Kamil. Oh, tak eh?
Khai baru mula kerja sebagai pegawai sosial di sebuah masjid di mana dia menjenguk penerima zakat.
Pasangan suami isteri ini nak debate pulak hal jagaan anak.
Makcik2 masjid pun nak “pendiding”. Dasar munafik!
Mereka orang tua ni berbual dengan budak-budak “remaja”. Sukarelawan la kononnya.
Penerima zakat A.
Puan Norsiah menasihati atok ni untuk makan ubat tetapi seperti biasa, orang tua degil.
Dia ingin isterinya jadi surirumah sepenuh masa tapi isteri dia nak sambung kerja. Kau je lah jadi househusband. Habis cerita.
Typical. But #truth.
Satu lagi penerima zakat. Seorang hoarder!
Oh, Hakim namanya…
Cinta bakal berputik ke? Suria is so predictable!
Flashback! Hakim dulu samseng dan pernah tercalar lengan Khai dengan sebilah pisau!
Hais drama Melayu betul eh sempat nak selit pasal harta arwah ayah.
Khai menceritakan kepada ibunya tentang Hakim. Teringat masa silam…
Dia ni nak bini dia tengok baby membesar atau dia yang nak tengok baby membesar?
Tetiba, amek pembantu rumah tanpa berbincang dengan ibu. Kecik hati.
Si dekni haritu jalan-jalan kat taman abeh terpijak kaca. Kesian terus terlantar.
Khai ingin menjenguk pakcik kat kedai kopi tapi pelik, tak muncul-muncul. Rupa-rupanya dah teruk wei!!!
Khai cuba mencari keluarga terdekat Pakcik Salleh agar Nordin akan dijaga seseorang. Tiada siapa pun yang ingin jaga Din.
Yang ni macam bodoh. Dia cakap Pakcik Salleh menghilang, baru-baru ni je nampak dia jaga Din. Sebabkan itu, dia tak nak jaga pakcik Din dia???? Huh???
PRODUCT PLACEMENT. Zakat huhu.
Oh, of course si Hakim ni akan menjaga Din.
SEBAB LAPAR.
Hahahah kesian maid disuruh rehat.
Mujurlah Pakcik Salleh dah keluar hospital dan boleh jaga Din lagi!
Kesian maid serba salah.
Step tak tau. KTK2 dia gila2kan Kamil, cerita ni terbalik pulak.
Fuh, dapat hadiah daripada seseorang…
Ok, tbh, kenapa watak utama yang pernah kita lihat??? LOL Suria.
Apakah konsep drama ini? Setiap minggu penonton bakal lihat penerima zakat yang berbeza? Dan dalam setiap episod, ni dua saling bertembung? Cliché!
Saya berpendapat bahawa ia sebuah drama yang menarik kerana menceritakan kisah-kisah penerima zakat. Sesuatu yang baharu. Penonton mungkin serba sedikit dapat mengetahui lebih dalam tentang kesusahan yang harus ditempuhi mereka-mereka ini. Semoga rasa simpati itu akan lebih mendalam dan derma TAA naik.
–Â Pengkritik Sandiwara