Previu: Dream Academy: Happy Ever Laughter – The Battle

Edisi ke-empat Happy Ever Laughter oleh Dream Academy kembali lagi dan kini, lebih gah dan lebih besar; THE BATTLE.

Seramai 12 pelawak terhebat Singapura akan menghiburkan para penonton dengan lawak jenaka mereka yang pasti membuat penonton tak kering gusi!

Dalam Battle atau “pertempuran” ini, para pelawak akan saling membalas punchline (macam jual beli pantun gitu), mungkin throw shade juga!

Terdapat dua pasukan yang akan bertarung antara satu sama lain, Kumpulan Lao Jiao dan Cuckoo Jiao.

Irene Ang, Koh Chieng Mun, Selena Tan, Sebastian Tan (Broadway Beng®), Suhaimi Yusof and Kumar bakal berdepan dengan Alaric Tay, Judee Tan, Sharul Channa, Fakkah Fuzz, Preetipls dan Rishi Budhrani.

Kumpulan manakah yang akan mara dengan lawak jenaka mereka?

Kali ini, tiada batasan. Pencarian Perdana Menteri baru, banjir di dalam MRT, kenaikan GST dan penyaraan do JB. Tiada sesuatu atau sesiapa akan terlepas daripada dikecam oleh pelawak profesional yang setentunya mempunyai pemikiran yang pantas dan kritikal akan isu-isu yang mengganggu warga Singapura (dan bukan Singapura).

Jika anda inginkan hiburan yang mencuit hati, sengal-sengal atas sebab ketawa terbahak-bahak, jom tonton Happy Ever Laughter! Tiket-tiket boleh didapati di sini.

Happy Ever Laughter akan berlangsung di 11-29 Julai di Capitol Theatre.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s