Singapore Repertory Theatre kini kembali dengan Shakespeare in the Park! Kali ini, Julius Caesar!! Pasti ramai yang menanti-nantikan SRT untuk kembali dengan Shakespeare in the Park, kan?
Diarah oleh Guy Unsworth, pementasan kali ini yang diadaptasikan oleh tulisan Shakespeare ini mengisahkan isu-isu perhubungan antarabangsa dan hal ehwal global.
Impian, kuasa dan tamak haloba bertembung apabila pemimpin negara-negara R.O.M.E 7 bertemu di mesyuarat sidang kemuncak. Perancangan untuk membunuh Caesar bertambah semakin menjengkelkan. Adakah perancangan untuk membunuh Caesar satu kelakuan yang bermoral? Atau kekecohan dan kekalahan?
Dibintangi oleh Jo Kukathas sebagai Julius Caesar bersama Ghafir Akbar , Daniel Jenkins, Thomas Pang, Barri Baskoro, Edward Choy, Tia Andrea Guttensohn, Salif Hardie, Sharda Harrison, Jo Kukathas, Shane Mardjuki, Perry Felix Shen, Terrance Tan, Vanessa Ann Vanderstraaten dan Julie Wee.
Tiket-tiket boleh didapati di sini. Terdapat juga persembahan yang mempunyai terjemahan Bahasa Isyarat pada 10 Mei! Serta harga istimewa bagi para belia! Dan juga sesi pasca-acara bersama wanita-wanita yang menjayakan pementasan ini pada 19 Mei!
Shakespeare in The Park berlangsung di Fort Canning Park pada 2 hingga 27 Mei.
– Pengkritik Sandiwara