Hiburan GE2020 online: Underclass oleh The Necessary Stage

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Hareudang pilihan raya 2020 semakin terasa! Baru saja petang tadi, calon-calon telah diumumkan.

.
Siapakah yang bertanding di area korang?

Untuk menghangatkan lagi GE2020, ayuh kita tonton Underclass oleh The Necessary Stage di wadah online!

.

Dipentaskan pada 2018, Underclass amat sesuai sekali sekiranya anda ingin get in the mood untuk pilihan raya. Underclass, arahan Alvin Tan dan Kok Heng Leun menimbulkan isu-isu sosial yang malangnya masih kekal hingga hari ini. Antaranya class divide, kemiskinan, perumahan dan banyak lagi.

Ditulis oleh Haresh Sharma, Underclass dipentaskan dengan kerjasama Drama Box. Pelakon Goh Guat Kian memenangi ‘Pelakon Wanita Terbaik’ di Anugerah Teater The Straits Times Life 2019. Antara pelakon lain yang menjayakan Underclass adalah Siti K, Brendon Fernandez, Yang Shi Bin dan Yazid Jalil.

.

Underclass mengisahkan kehidupan Xinyi, seorang warga emas yang kehilangan periuk nasinya, kemudian rumahnya akibat penyakit yang dihidapinya. Setelah berpindah ke rumah sewa, dia mengenali jiran baharu, Johari. Mereka berdua ingin menempuh kesukaran, dan pada masa itu, mereka berjumpa pelbagai individu yang memberi mereka apa jua sokongan.

Ayuh saksikan Underclass. Anda boleh tontonnya sehingga 25 Julai ini.

.

Kepada para pengundi di luar sana, jangan sia-siakan undi korang, ok?

Pengkritik Sandiwara

Ikuti kami di Telegram!

(Gambar header: Facebook The Necessary Stage)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s