Saksikan Judy Garland di End of the Rainbow

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sebut saja nama Judy Garland, pasti ramai yang akan kenal dengan individu ikonik ini kan?

Justeru itu, peminat Judy Garland pasti akan teruja apabila dapat tahu bahawa Pangdemonium akan menghidupkan pementasan berjudul End of the Rainbow!

Untuk mengakhiri musim 2022, Pangdemonium mempersembahkan sebuah pementasan mengenai hari-hari terakhir penyanyi legenda ini.

Mina Kaye sebagai Judy Garland, gambar: Pangdemonium

Ditulis oleh Peter Quilter dan diarah Tracie Pang, End of the Rainbow mengisahkan Judy yang bakal kembali ke industri sekali lagi dan memeluk dunia glamour. Tapi alangkah malangnya kerana Judy terjebak dalam dadah dan arak.

.

End of the Rainbow sebuah penerokaan seseorang dengan hati yang remuk, dan minda yang terganggu di mana jiwanya dijual untuk populariti dan kekayaan.

Dibintangi Mina Kaye, Shane Mardjuki, TJ Taylor dan Andrew Marko, anda boleh mengalami malam penuh kekecohan, muzik dan keajaiban pada 7 hingga 23 Oktober di Drama Centre.

Tiket-tiket boleh didapati mulai 24 Ogos di Sistic.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Pangdemonium Theatre)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s