Animal Farm tetap kekal relevan setelah 2 dekad

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya anda ingin menonton sebuah pementasan, Min syorkan tonton Animal Farm yang sedang berlangsung sehingga 10 September ini.

Persembahan yang diadaptasikan oleh Ian Wooldridge ini kekal relevan di Singapura, walaupun ia pertama kali dipersembahkan dua dekad yang lalu.

Revolusi haiwan ternakan

Kisah yang bermula dengan keinginan binatang ternakan untuk mencetuskan sebuah revolusi demi kebebasan mereka, berakhir dengan situasi yang sama – mereka tetap bertuankan manusia.

gambar: Wild Rice

Huru-hara mereka jadinya apabila berjaya mengusir manusia. Apakan tidak, siapa yang nak jaga dan beri mereka makanan? Ini membakar semangat mereka untuk menjadi berdikari dan lama-kelamaan, membina sistem agar dapat hidup sebagai masyarakat binatang.

Harga kebebasan

Namun, dalam hidup bermasyarakat yang saling sokong antara satu sama lain, ada saja yang tak kena.

Ada yang ingin kuasa agar dapat mengawal masyarakat, menubuhkan undang-undang… untuk rakyat atau untuk kesenangan sendiri?

Binatang ternakan mendapati diri mereka terperangkap dalam tipu helah binatang atasan, dalam dilema sama ada ingin patuhi dan menikmati kebebasan yang telah mereka perjuangkan atau teruskan revolusi yang tidak pernah berakhir.

gambar: Wild Rice

Realiti dunia

Diarahkan Ivan Heng, Animal Farm mengingatkan penonton akan hakikat dunia di mana orang yang berkuasa dengan senang mampu memperkotak-katik orang bawahan. Seperti lembu dicucuk hidung.

Ada kalanya, kita inginkan perubahan dan cuba untuk membuat pembaharuan. Dalam pada itu, mungkin kita tidak sedar bahawa dalam proses perubahan itu, kita telah menjadi seseorang yang kita cuba menentang. Akibatnya, orang yang pernah menyokong kita kini menjadi musuh.

gambar: Wild Rice

Seperti dalam kisah ini, Comrade Napolean sendiri menjadi individu yang dia benci, iaitu seorang… manusia.

Lakonan power

Apa yang menarik sekali tatkala menonton Animal Farm di Funan ini adalah lakonan barisan pelakon yang amat dahsyat sekali. Suara dan pergerakan mereka benar-benar menyerupai binatang yang mereka cuba hidupkan.

Dari lengkuk badan, langkah yang diambil, pergerakan kepada dan semuanya lah!

Agak-agak, berapa lama Erwin Shah Ismail, Tia Andrea Guttensohn, Dwayne Lau, Audrey Luo, Vester Ng dan Suhaili Safari berlatih untuk buat bunyian ayam berketuk, kuda meringkik, kambing mengembek, anjing menyalak, itik mengakak, burung berciuk dan banyak lagi!

Min juga terpegun dengan busana mereka. Bermula dengan pakaian sehari-harian sebagai metafora dalam kisah ini, watak-watak sebenarnya hanya mengenakan baju dalam.

Ini menunjukkan bahawa setiap haiwan sebenarnya saksama, sehinggalah mereka perlahan-lahan mengenakan pakaian.

Dan tentunya, Riduan Zalani memanglah hebat dalam apa yang dia lakukan pada malam itu. Setiap bunyian yang diciptanya amatlah sempurna!

Oh yes, setelah menonton Animal Farm, Min terbaca artikel ni:

Teater akan sentiasa kekal relevan!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Wild Rice)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s