3 persembahan menarik akhiri tahun 2022 Wild Rice

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Animal Farm, Pulau Ujong / Island at the End dan Pinocchio. Itulah tiga persembahan yang akan menutup tirai panggung Wild Rice tahun ini.

Animal Farm kembali sekali lagi

Kepada penggemar teater, pasti anda akan teruja dengan kembalinya Animal Farm, sebuah adaptasi novel klasik George Orwell.

Sebuah kisah binatang ternakan yang berganding bahu untuk menewaskan petaninya.

“Masa untuk kongsikan terbitan klasik ini kepada penonton generasi baru,” jata pengarah Ivan Heng.

Animal Farm pertama kali dipersembahkan di Jubilee Hall di Hotel Raffles pada 2002. Ia meraih sebanyak tiga anugerah DBS Life! Theatre Awards, iaitu Pengarah Terbaik, Muzik Terbaik dan Lakonan Ensemble Terbaik.

Kali terakhir ia dipentaskan adalah pada 2010 di Drama Centre Theatre.

Terbitan sempena ulang tahun ke-20 ini merupakan kali pertama Wild Rice akan mempersembahkan Animal Farm setelah lebih sedekad, memperkenalkan barisan pelakon yang baru!

Antaranya adalah Erwin Shah Ismail, Tia Andrea Guttensohn, Dwayne Lau, Audrey Luo, Vester Ng dan Suhaili Safari.

Persembahan ini akan berlangsung di Wild Rice Funan mulai 18 Ogos. Anda boleh dapatkan tiket di Sistic. Ada diskon Early Bird bagi Cat 1 dan 2 sehingga 20 Julai!

Alami alam dalam teater

Karya ini adalah antara hasil pandemik.

Walaupun bukan seorang yang suka berada di luar rumah, penulis Pulau Ujong / Island at the End, Alfian Sa’at, rasa teringin untuk keluar rumah dan sering meneroka nature trails yang membuatnya menyoal mengapa ramai daripada kita terasing daripada alam, dan mengapa kita fikir bahawa ia sesuatu yang terpisah dari dunia kami.

Dalam teater dokumentari ini, penonton akan bersemuka dengan krisis iklim menerusi sudut pandangan seorang warga Sigapura.

Diarah Edith Podesta, pementasan ini menampilkan wawancara bersama saintis iklim, pakar botani, ahli zoologi, ahli sejarah alam sekitar dan aktivis.

Anda boleh saksikan pementasan yang dibintangi Al-Matin Yatim, Ryan Ang, Koh Wan Ching, Krish Natarajan dan Siti Khalijah Zainal mulai 15 September.

Dapatkan tiket anda di Sistic, ada diskon Early Bird bagi Cat 1 dan 2 sehingga 20 Julai!

Persembahan mesra keluarga

Akhirnya, bakat-bakat cilik dari First Stage Kids akan kembali ke pentas Wild Rice!

Setelah 3 tahun tidak muncul di pentas, bakat cilik ini akan menghiasi persembahan Pinocchio pada November nanti.

Pinocchio menampilkan pengarah Pam Oei, dan barisan pelakon Mae Elliessa, Ebi Shankara, Siti Khalijah Zainal dan Dwayne Lau.

“Pinocchio adalah cara sempurna untuk kami semua – tua muda, kecik besar – untuk mengakhiri tahun ini dengan semangat,” jelas Oei.

Dapatkan tiket anda di Sistic, ada diskon Early Bird bagi Cat 1 dan 2 sehingga 20 Julai!

So… pementasan mana yang korang paling ghairah nak tonton?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar-gambar: Wild Rice)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s