TikTok Anak Bulan tular dek kekecohan anak bulan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Klip video telemovie setempat, Anak Bulan, tular di socmed semasa penduduk Islam Serantau huru-hara menerima berita bahawa Malaysia menyambut Raya sehari lebih awal berbanding Singapura, bersamaan Brunei dan Indonesia.

Sedutan telemovie lakonan Mastura Ahmad, Danial Ashriq, Aaron Khaled, Nadiah M Din dan ramai lagi itu dimuatnaikkan oleh pengguna @niknokfamily di TikTok.

Video tersebut menunjukkan reaksi watak-watak dalam telemovie itu yang seolah-olah tidak percaya bahawa Raya disambut sehari lebih awal, seperti yang diumumkan di corong radio.

Pengguna wadah socmed video itu menulis “Panik Raya di Netflix. Kebetulan ke takdir”, menyamakan situasi di Malaysia.

Sampai dapat lebih 4000 sukaan, dan ditonton lebih 55,000 kali!

Telemovie yang pertama kali disiarkan pada 2015 itu diterbitkan oleh Papahan Films.

Semalam, Papahan Films telah pun mempromosikan filem tersebut di Instagram, as you should!

So… apa tunggu lagi? Saksikan Anak Bulan di Netflix ye!

Yang uolls kutuk mufti sebab dia teropong tak betul tengok anak bulan la, ini lah itu lah, harap keluarkan kenyataan maaf secara terbuka!

Selamat Hari Raya!

Duit raya boleh jek transfer…

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Papahan Films, TikTok @niknokfamily)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s