Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ha! Terkejut tak baca tajuk ni? Gitew very the clickbait, kan? Sebenarnya bukan bayi manusia, bayi yang dimaksudkan ialah perniagaan yang dianggap seperti ‘baby’ baru!
Mengumum di Instagramnya, ibu dua anak itu mengongsi perniagaan terbarunya iaitu Lespoupouns by Nadiah M Din.
Tercetus idea ini apabila Nadiah bersama suaminya, Bilal sering menghargai warna terang dan gaya eksotik apabila mencari hiasan rumah. Nadiah berkata, beliau harap setiap pembelian LesPoupouns akan mengingatkan anda akan memori indah detik-detik ambil angin, seperti mana setiap produk mengimbaukannya tentang pengalaman cutinya.

Setiap warna, bentuk rekaan terperinci berkaitan dengan kunjungannya, tulisnya.
Meskipun baru dilancar selama dua hari, beberapa produk telah pun laris dijual! Wow, tahniah!
Pelakon dan pengacara hitam manis itu juga berkata perniagaannya bekerjasama dengan Propstation, di mana anda boleh dapatkan produk LesPoupons secara dalam talian di lelaman mereka.

Di Instagram Story Nadiah, beliau berkata bahawa hiasan ini diperbuat daripada daun dan tangkai pisang. Warna-warna juga daripada pelbagai jenis pokok pisang dan ia ditenun oleh wanita-wanita yang tinggal di sempadan Kenya dan Uganda! Wow, menariknya.
Suka sangat corak dan warna bakul (?)/hiasan LesPoupouns ni. Semoga perniagaan Nadiah M Din ni akan maju dan berkembang! InsyaAllah.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Nadiah M Din)
[…] telemovie lakonan Mastura Ahmad, Danial Ashriq, Aaron Khaled, Nadiah M Din dan ramai lagi itu dimuatnaikkan oleh pengguna @niknokfamily di […]
LikeLike