Ratusan orang tonton Atyy Malek nikah di YouTube

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pelakon popular Suria, Atyy Malek baru saja selamat dinikah pagi tadi.

Upacara ijab kabul ini turut ditonton ratusan peminat dan keluarga serta sahabat menerusi wadah YouTube di mana ia ditayangkan secara langsung dari lokasi pernikahan pelakon Aduh Bibikku itu.

Di ruang komen pula, ramai yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai ini, Syahmi Kadir dan Atyy Malek.

Mereka telah memilih tanggal 10.10.2020, iaitu tarikh popular bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pada tarikh yang istimewa ini.

Menjelas di IG Storynya, Atyy berkata bahawa mereka sedih bahawa mereka tidak boleh meraikan hari bahagia ini dengan kesemua sahabatnya. Dan memohon agar orang yang tidak dijemput tidak kecil hati. Dan oleh kerana itu, hari istimewa ini ditayangkan di YouTube untuk tatapan ramai.

Bertandapagarkan #Atisyah, perhubungan Atyy dan Syahmi ni sebenarnya agak comel! Pada mulanya tak suka, tapi tup tup dah kahwin! Itulah yang dikongsi Atyy kepada Berita Harian.

Kami mendoakan agar mahligai yang dibina bersama akan kekal hingga ke syurga dan pengantin baru ini bahagia selalu! Tahniah sekali lagi!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: YouTube Kinetixs Films)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s