Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Big Brown Girl kembali atas sambutan hangat!
Dalam acara Flipside 2022 kali ini, pementasan Big Brown Girl oleh How Drama akan dihidupkan semula.
Sertai Ruby, seorang wanita berkulit sawo matang yang dalam perjalanan yang penuh keasyikan mencari jodohnya.
Menarik sekali, jalan cerita ini akan ditentukan penonton dan oleh disebabkan itu, tiada dua persembahan yang sama!
Bersama Ruby meneroka jejaka dari Singapura, Malaysia, Washington D.C. dan Paris, antarabangsa, uolls!
Pementasan 90 minit ini dipenuhi lagu-lagu, tawa dan jiwa.
Berlangsung dari 10-12 Jun, anda boleh saksikan lakonan xxx ini di Studio Teater Esplanade. Tiket-tiket boleh didapati di sini.
Acara Flipside 2022 akan berlangsung dari 3 hingga 12 Jun di Esplanade. Butiran lanjut di sini.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: ihsan Esplanade – Theatres on the Bay)
[…] mengimbas kod QR dan melibatkan diri dalam unsur interaktif pementasan yang diadakan sempena acara Flipside di Esplanade […]
LikeLike