Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Melihat sepasang sahabat, Meenah dan Cheenah, kembali ke pentas untuk menghiburkan penonton setelah tiga tahun lamanya adalah sesuatu yang dinanti-nantikan peminat.
Siti Khalijah bersama Judee Tan sekali lagi menghidupkan watak-watak ikonik ini dalam kesinambungan Meenah and Cheenah dalam Meenah and Cheena 2gether Gather di Panggung Capitol.
Melihat poster di mana mereka memperagakan seragam penghantar makanan, penonton dapat agak bahawa mereka akan menyentuh soal pandemik Covid-19 dalam sketsa mereka.
Persembahan terbitan Dream Academy ini bukan saja membuat satu panggung ketawa terbahak, dalam tawa ada juga mesej-mesej tersirat yang ingin disampaikan.
Oh wells, ni kan teater?
Diarah oleh Selena Tan dan ditulis oleh Alfian Sa’at, Rishi Budhrani dan Jo Tan, Meenah and Cheenah menyentuh banyak perkara melalui lawak jenaka. Antaranya adalah wawancara bersama perdana menteri Melayu pertama, isu wokeism dalam kalangan belia dan banyak lagi.
Tak kering gusi dibuatnya menonton sketsa yang dilakonkan dua ratu ini. Lawak jenaka yang disampaikan bukan jenis joke pakcik-pakcik, ada inti tau!
Dalam usahanya untuk kekal relevan, anda juga bakal disajikan dengan 3 segmen TikTok. Anak muda yang menonton edisi Meenah and Cheenah kali ini pasti akan gerakkan tubuh mereka. Muscle memory gitew!
Namun begitu, bukan semua segmen dalam persembahan ini menggegarkan panggung. Terdapat juga lawak yang tidak begitu melucukan. Antaranya adalah adegan di gym dan di acara pengebumian.
Apa yang mengagumkan sekali adalah betapa pantasnya kedua-dua wanita berbakat ini mampu bertukar pakaian dan bertukar menjadi watak berbeza dalam waktu yang singkat!
Bagi mereka yang menonton edisi pertama, anda pasti akan terimbas kembali dengan beberapa babak dalam edisi sebelumnya. Seumpamanya perkahwinan crush Cheenah yang mereka hadiri.
Dalam edisi kedua kali ini, perhubungan Meenah dan Cheenah diperkukuhkan lagi dengan segmen di mana mereka mula-mula menjadi rakan baik dan segmen di mana mereka dah tua kerepot.
Selain itu, min dapat upgraded seat tau. Mungkin kerana bukan full house. Yelah, iolls pergi hari biasa. Min suka sebab panggung ni leg space dia gedabak, wei.
Kalau uolls nak tonton, boleh dapatkan tiket di sini. Meenah and Cheenah 2gether Gather berlangsung hingga 22 Mei ini.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Dream Academy)