Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tahun hadapan, Dream Academy akan membawa balik Meenah And Cheenah buat kali kedua!
Dipersembahlan buat pertama kali pada 2016, Siti Khalijah dan Judee Tan yang membawa watak-watak Meenah dan Cheenah masing-masing akan sekali lagi mencuit hati para penonton, kali ini di Panggung Capitol (Capitol Theatre) pula pada 21 Febuari hingga 10 Mac tahun depan.
Pada 2016, saya sempat menonton Meenah and Cheenah (klik untuk membaca ulasan) di Panggung Viktoria. Sememangnya, amat menghiburkan dan punchline-punchline yang disampaikan sungguh lucu dan kelakar kerana unsur tempatan amat ketara sekali. Apatah lagi apabila Meenah memainkan watak-watak stereotaip para minah-minah yang wujud dalam masyarakat Melayu!
Saya harap rerun kali ini akan mengemukakan isu-isu yang lebih relevan dan lawak-lawak yang tak kering gusi. Saya pasti gabungan mereka berdua dapat memeriahkan seluruh panggung!
Jika anda terlepas peluang menonton persembahan yang dipentaskan pada 2016, inilah peluang anda! Kisah-kisah Pontianak, Puteri Hang Li Po, Hari Keharmonian Kaum, tatatertib bulan Ramadan serta perbezaan antara budaya Cina dan Melayu akan dibincangkan melalui sketsa-sketsa yang membuat anda tak kering gusi!
Apa tunggu lagi? Dapatkan tiket-tiket anda melalui Sistic sekarang! Anda pasti tidak mahu ketinggalan lagi!
– Pengkritik Sandiwara
[…] Khalijah bersama Judee Tan sekali lagi menghidupkan watak-watak ikonik ini dalam kesinambungan Meenah and Cheenah dalam Meenah and Cheena 2gether Gather di Panggung […]
LikeLike