Tekan Minyak: Episod Terakhir

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kini, saya akan membuat ulasan drama pro-wanita, Tekan Minyak yang dibintangi oleh Rosita Hussin, Ariati Tyeb Papar, Junaidah Eksan, Nadia Ali dan Mariana Yati! Drama yang mengetengahkan wanita-wanita berkerjaya dan berjaya dan tidak menunduk kepada kehendak sosial/masyarakat tradisional! Gitew..!

Ramalan saya, kesemua lima-lima wanita ini mendapat kejayaan tidak kira dari segi kerjaya, keluarga, cinta atau apa-apa setelah banyak kerja keras, pengorbanan, keperitan dan kesengsaraan. Sebab unsur klisye off the charts!


Oh… Zuraidah dah takde..? Wow, kehilangan watak utama dalam drama Suria! Kelainan! Zuraidah menghidap barah tetapi dia sempat bernikah dengan kekasihnya!

Mariana Yati benar-benar mencukur rambut untuk menghidupkan watak ini. We stan legends! Queen!

Suami arwah Zuraidah membahagikan wangnya kepada rakan-rakannya (wasiat gitew), Zuraidah takde keluarga ehk?


Nadiah akan kembali ke Amerika Syarikat setelah meraih kejayaan dalam bidang fesyen di Singapura. Dia juga ingin mengelak bakal pakwenya, Shafie! Tapi, rakan-rakan Nadiah mengembleng tenaga dan mengajak Shafie ke lapangan terbang sebelum Nadiah berangkat! Romantis gitew!!!!!! Dan Nadiah tak jadi ke US. Ok, pastikan cinta Shafie itu benar-benar worth it sangat sampai ingin lepaskan peluang di US!

Shafie melamar Nadiah secara barat, dia melutut depan Nadiah. Apakah? Nasib Nadiah cakap dia nak cara adat MELAYU!


Suriati telah pun mengambil anak angkat/anak titipan, ibu dan bapa mertuanya yang pada mulanya tdak setuju, ok sahaja! Pada masa yang sama, dia juga sarat mengandung!


Rahimah mencapai keinginannya untuk menjelajah dunia. Dia kini seorang travel blogger yang amat terkenal. Mungkin kami boleh mengongsi pembaca? Keluarganya juga amat bahagia sekali. Anaknya sulungnya juga mencapai keputusan baik untuk peperiksaan peringkat negara. Mereka sekeluarga pergi bercuti untuk menyambut kejayaan anaknya itu.

View this post on Instagram

We're left with the last 2 eps of Tekan Minyak. This was taken on the final day of shoot for Noor Mysha. A day where she was all teary on the taxi back home and muttered, "I'm going to miss them". 2 ways to look at it. Either… 1) She's very attached to the prod. team. OR 2) Dia #sungguhdrama gais… (Hahahah) To those who found her here and PM me asking if she have her own FB or Insta. to follow. Thank you so much for the attention. But for now, no lah, dia takde. Too young for that. Nanti dah besar sikit, tak payah introduce, silap silap dia akan buat acct sendiri. Meanwhile, her photos are all here in my FB – as my 'lil princess. On a side note, I know all of you are eager to know what happen after the demise of Zuraidah. Trust me, I dunno. I didn't get the full script for the last few eps. (For a very good reason i guess) so, u guys just hve to stay tune and catch up lah eh. Takyah spam my watsapp tanya dia mati tak, dah mati pun Zuraidah tu. And now I know u will ask, dorg cerai tak? Dorg dua kawin tak? They ngandung tak? Ijah and the sick bugger, how? I dunno lah… Serious I dunno. Like I mention, 2 more eps. Just like all of you… I am also eager to know how the story will end. For now, enjoy the weekend, Monday and Tuesday kerja. Wednesday pagi also kerja… but jangan buat OT on that day pasal we'll be back on screen at 9.30pm.😉 #tekanminyak #milleniamotionpictures #noormysha

A post shared by Rohaizad Omar (@theizadomar) on


Aini telah pun bercerai tetapi dia tidak mendapat hak jagaan anaknya, Danial. (Atas sebab perkelakuannya terhadap bekas suami and whatever) Tetapi, dia sudah berubah dan mula ke sesi kaunseling bersama bekas suaminya demi anaknya yang mungkin menghidap kemurungan (?). Para pembelot di syarikatnya telah ditangkap dan dia akan perlahan-lahan membina balik spanya!

Akhir sekali, Rahimah mengenalkan Leena (Rilla Melati) sebagai kawan baharu dalam clique tersebut! Pengganti Zuraidah ke? Seorang yang sangat gedik yang asyik ingin berswafoto. Baru jumpa pertama kali dah cakap “kawan sejati”? Hmmm… ok!


Saya berpendapat bahawa jika saya menonton kesemua episod, saya akan benar-benar menikmati dan terhibur dengan drama ini. Ini kerana setiap watak melalui kesusahan sebelum mencapai kejayaan. Ini agak normal dalam drama-drama Suria yang ada happy ending tapi ini juga realiti hidup. Di mana kejayaan tidak akan dapat diraih tanpa pertelingkihan faham, kesukaran, pengorbanan, kehilangan dan rintangan! Ia juga amat positif kerana penonton dapat melihat growth bagi setiap watak. Tak kira sama ada 5 wanita itu atau watak-watak yang wujud di sekeliling kehidupan mereka.

Walaupun jalan cerita yang agak predictable, tidak boleh dinafikan bahawa pengajaran yang diraih daripada drama ini amatlah bermanfaat dan mengingatkan penonton untuk berusaha dan tidak memutus asa apabila inginkan sesuatu! Semoga Suria dapat menerbitkan lebih drama-drama sebegini!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s