Ok Bos!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Rancangan komedi terbaru Suria “Ok Bos!” mempunyai konsep yang agak baru ala-ala “mockumentary”. Walaupun penonton pernah melihat konsep ini, saya rasa ia pertama kali (mungkin) Suria menyiarkan drama dengan konsep ini!

Dibintangi oleh Izzat Yusoff, Abdullah Ahmad, Hashimah Hamidon, Siti Hajar, Fatin Amira dan Danish Ashraf, drama/sitkom ini menembus aspek ataupun unsur “Dinding ke-4”. Para watak-watak sedar bahawa mereka dirakamkan dan akan melihat ke kamera supaya dapat berinteraksi bersama penonton. Tambahan pula, mereka juga akan diberi masa untuk sesi confessionals dan memberitahu penonton luahan hati mereka tentang kerja mereka atau kawan kerja mereka.

Konsep drama ini mengingatkan saya tentang Brooklyn 99/The Office kerana lokasi drama ini terletak hanya pada satu (atau kebanyakan masanya) hanya di dalam pejabat. Dan kisah-kisah drama ini mengenai watak-watak dalam syarikat Makan Time. Selain itu, sesi confessionals dan 4th Wall juga agak seakan dengan Modern Family!

Watak-watak yang diperkenalkan juga merupakan watak stereotaip yang sememangnya wujud dalam setiap pejabat. Walaupun watak-watak ini agak keterlaluan, ia mencerminkan realiti yang wujud dalam kehidupan sebenar. Watak-watak seperti seorang yang terlalu rajin/ghairah, terlalu malas/tidak ambil peduli, kepo dan sebagainya.

Saya berpendapat bahawa drama ini agak menarik kerana ia pokes fun @ the reality of the OL life. Namun saya rasa lawak jenakanya agak hambar. Mungkin ia menghiburkan untuk para penonton Suria yang mediocre tapi untuk diri saya, usaha yang bagus tapi boleh diperbaiki! I don’t mind watching it kalau it’s on TV but kalau terlepas tak menyesal gitew!

Terima kasih kerana membaca!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s