Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ye, benar! Saya akan mengupas filem Pulang terbitan Primeworks Studios yang kini agak popular di Netflix!
Filem yang diarah Kabir Bhatia dan dibintangi Remy Ishak, Puteri Aishah dan Alvin Wong merupakan kisah yang diilhamkan oleh kejadian sebenar semasa jajahan Jepun dahulu! Gitew.
Sebenarnya, saya tidak mahu menonton filem ini kerana saya tahu ia akan membuat saya menangis macam nak rak. Bukan itu sahaja, ramai orang mengatakan bahawa filem ini ala-ala Titanic dan agak slow so saya fikir bahawa saya tidak ingin membuang masa saya menonton cerita sebegini. Tetapi, saya tidak hiraukan pandangan orang lain (like how you shouldn’t be affected by mine) dan tonton filem ini agar dapat memberi pandangan serta komen saya yang tersendiri!
Filem ini bermula dengan flashback neneknya (Thom) yang rindukan suaminya dan menantikan suaminya walaupun dia sedang nazak. Dia pun ceritakan bagaimana mereka bertemu kepada cucunya (Erwin Shah) dan sekaligus, cucunya ditugaskan untuk mencari datuknya yang tidak pulang-pulang.
Ramai yang mengatakan bahawa filem ini slow. Saya berpendapat bahawa unsur “slow” ini merupakan satu kemestian serta unsur penting dalam filem ini. Ini kerana ia mengisahkan seorang isteri yang rasa keseorangan, hampa, dan ingin belaian suami. Melalui jalan cerita yang “slow”, ia benar-benar menimbulkan rasa kekosongan di dalam watak itu sehinggakan para penonton dapat merasakan betapa lamanya Thom menunggu suaminya kerana waktu seperti berjalan begitu perlahan sekali. Faham tak, that longing feeling? Kepada mereka yang tidak suka filem ini kerana “slow”, ternyata anda tidak pernah merasakan kekosongan di dalam hati anda, di mana orang yang tercinta berada sangat jauh daripada anda. Fax are fax, America!
Pengajaran yang boleh diraih oleh filem ini? DENGAR CAKAP BINI! Isteri dah kata dia tak perlukan emas/permata (literal) tapi kau sanggup kerja kapal merata dunia semata-mata untuk membawa pulang kekayaan harta. Tanpa disedari, bertahun kau tinggalkan isteri dan anak, tak tanya khabar atau tak pernah terfikir dia makan cukup ke tak. Abeh tulis poskad pun tak cakap apa-apa, bagi harapan palsu. Sigh. Lain kali, berikan isteri apa yang dia benar-benar inginkan. Seperti belaian anda, dakapan, teman dan sebagainya. Bukan HARTA. Men are trash semenjak bertahun lalu!
Abeh bila pulang dan ternampak pre-wedding party isteri dengan lelaki lain, dia merajuk. Memang padan muka. Tapi sis nangis masa adegan tu… Piluuuuuuu!
Saya sarankan anda semua tonton filem Pulang ini kerana ia sungguh menusuk kalbu. Pasti akan menitiskan airmata. Jika anda tiada akaun Netflix, DM saya dan saya akan kongsikan kata laluan saya secara percuma!
Terima kasih kerana membaca! Semoga lebih banyak filem (DAN DRAMA) Melayu [Netflix Original] bakal disiarkan di Netflix!
– Pengkritik Sandiwara