Rintihan Hati: episod 2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kini saya akan mengupas drama Rintihan Hati, episod 2!

Ayuh, kita lihat nasib sepasang adik-beradik yatim-piatu ini!


Mereka berdua merindui ibu bapanya, terutama adiknya. Mereka harus tabah, nasib Fazli seorang abang yang kuat dan mampu menjaga adiknya, Fitri. Si Alia pulak frust bapak dia nak pelihara sepupu dia???? Apa sak, rilek. Ni bukan drama sinetron Indoesia… Or is it..?

Setelah mendapat tahu bahawa budak-budak ni boleh dapatkan wang CPF setelah mereka mencecah 21 tahun, Zana pun… setuju nak jaga budak-budak tu..? Ok, by the time diorang 21 kau dah mati, Zana.

Setelah diberitahu bahawa sepupunya akan berpindah dan terpaksa kongsi bilik, Alia merajuk dan memberontak! Wow, anak dan emak tak suka anak yatim ini. Benar-benar sinetron! Agaknya mereka akan mendera Fitri dan Fazli secara FIZIKAL? Seperti drama sinetron Bawang Merah Bawang Putih? Ada pari-pari?

Zana mencuri barang kemas arwah dan ke kedai pajak. WTF!!!! Baru saja pindah, Fitri ditugaskan untuk membasuh pinggan… Ni drama sinetron ni.

Adakah hamster kepunyaan Fitri sebenarnya pari-pari Fitri di mana dia akan meluahkan hati dan perasaannya? Dan kenapa Pak Long dia tak boleh cuci pinggan? Kenapa dia suruh tunggu Mak Long balik? Dan bukan Alia? What is this patriarchy.

Penderaan pun sudah bermula. Alia menyuruh Fitri buat homework, buatkan air, buli dan semuanya. Alia katakan bahawa Fitri dan Fazli buli dia..? Ok, work.

Dua beradik itu dibiarkan kebulur kerana Mak Longnya makan di luar. Si Fitri ni kata tau masak… Masak lah telur ke apa ke. Abeh meroyan kat katil??? Masak lah bila Mak Long kerja ke apa ke. Pikiak sikit!

Nampaknya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap Rizal yang telah menyebabkan kematian Nadirah… Okaaaaaaay. Rizal masih bebas berleluasa di Singapura. Sekarang dia dah tahu dia pembunuh baru dia menggelabah.

Sesungguhnya saya tidak sabar untuk melihat jalan cerita ini. Adakah Zana akan all out revenge hingga anak-anak itu 21 tahun? Dan setelah itu anak-anak itu pula akan membalas dendam/mencari kebenaran dan meletakkan Zana di penjara? Hmmm…

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s