Kek Untuk Kapten

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Beberapa bulan yang lalu, Suria sekali lagi menyiarkan drama yang begitu klisye dan biasa-biasa sahaja bertajuk Kek Untuk Kapten atau KUK. Dalam drama ini, pelakon-pelakon subpar menjayakan penerbitan ini bersama pelakon Singapura dari Malaysia, Nadiyah Sahab.

mariah-carey-i-dont-know-her-02

Maaf lah ye, oleh kerana saya tidak keep up with drama Mesyo, saya benar-benar tidak tahu siapa si Nadiyah ni… Femes ke? Sebelum saya mengupas drama KUK ini, biar saya beri pendapat saya mengenai pelakon-pelakon Malaysia muda yang “diberi peluang” untuk berlakon di Mediacorp. Mengapa Mediacorp Suria ingin membayar mereka untuk berlakon drama tempatan? Adakah bakat-bakat tempatan kami tidak layak untuk memainkan watak tersebut? Lagipun, watak Mia Sofia dalam KUK yang dipegang Nadiyah ni… biasa-biasa sahaja kot. Saya rasa ramai pelakon wanita Singapura berbakat mampu menggantikan tempat Nadiyah. Even peserta dari Anugerah Skrin (yang telah ke peringkat suku akhir) atau Elit (lmao) boleh pegang watak ini kerana wataknya amat… BASIC. Walaupun begitu, terdapat beberapa watak yang hanya mampu dilakonkan oleh segelintir pelakon sahaja dan oleh kerana itu, ia menjadi satu kemestian untuk memanggil bakat Malaysia. Seumpanya watak Ustaz Shahrul dalam Kisah Tok Kadi yang dimainkan oleh Beto.

Ataupun drama polis-polis Kes 253 di mana mereka mengundang Iqram Dinzly untuk memainkan salah satu watak penting! Ini bersebab kerana watak tersebut bukan senang untuk hidupkan!

But, oh wells. Lantak diorang lah eh siapa diorang nak bayar. Saya sekadar keyboard warrior…………..

Disclaimer: I know she’s Singaporean but I rly don’t know her.

Ok, now let’s get into this drama! Err… Sesungguhnya begitu KLISYE ye. Saya cuma menonton episod pertama dan saya tahu apa yang bakal terjadi pada episod terakhir. Ia begitu mudah untuk membuat ramalan kerana jalan cerita sebegini telah banyak kali digunakan. Tidak kisah sama ada drama, telemovie atau filem, dah banyak kali tonton.

Si Sofia ni seorang anak kapal di kapal persiaran (cruise) dan berteman dengan Adib (Shahril Wahid) semenjak kecil lagi dan setelah Adib pulang daripada luar negara dan tamat mastersnya, dia ingin mengahwini Sofia. Tetapi cinta tepuk sebelah tangan ya sebab Sofia ni tak syiok kat mamat selengeh ni walaupun dia pandai. Sofia disuruh beli kek apabila ibu dan bapa Adib kunjung rumahnya. Merepek tau orang datang nak beli kek??? Bukannya birthday ke apa… Tetap nak beli kek????????? How convenient, Suria. Kau sengaja memaksakan sebuah situasi semata-mata untuk mendapatkan tajuk drama yang mempunyai aliterasi K.

Di kedai kek, pembuat kek bernama Indra, sedang membuat kek setakat. Sponge cake dengan frosting… Itu sahaja, tu pun dia nak bangga macamlah dia buat kek premium? Dafuq tau!!!! Walaupun kek itu bukan untuk dijual, dia letak untuk display?????? Huh?????? ok work! Sofia ternampak kek tu dan dia mati-mati nak tapi dipotong setengah???????? what even. Di kedai itu, mereka bergaduh dan setiap pergaduhan dalam drama Suria, pasti dua watak itu akan jatuh cinta lambat laun, so yes. Sofia dan Indra bercinta dalam episod terakhir. Boo.

Lagi setengah kek itu… Indra berikannya kepada sweetheartnya. Sweetheartnya dimainkan oleh Rahimah Rahim. Ekcili itu ibunya la but Suria being Suria selalu cuba mendorong incest ni semua. Anak mana panggil ibu dia sweetheart..? Tak betul!

Di rumah, Adib “surprise”kan Sofia dengan kepulangannya. Konon Sofia menantikan kepulangannya dari Australia tapi Sofia tak kisah pun. Sebenarnya si Adib ni nak cari kerja kat syarikat bapak Sofia sebab dia ni overqualified dengan mastersnya, so setelah gagal mencari kerja, dia terpaksa merangkak dan meminta-minta. LMAO. Kesian eh, pergi interview dengan keluarga untuk cari kerja……… Patutlah Sofia tak suka, sebab dia tak berdikari!

Di tempat kerja adik Indra pula, dia ada photoshoot ke apa la. Dia kerja di gym or whateva. Abeh terdapat lelaki lembut (dimainkan oleh Fadli Kamsani) yang mendandankan para abang-abang gym yang ingin mempromosikan gym mereka (or whateva).

fadli

Can I just say…. watak lembut ini yang minat dengan photoshoot and stuff is… STRAIGHT? Walaupun dia “straight” dia sebenarnya senang dibuli oleh temanitanya kerana dia lembut, lemah dan tidak berpendirian? Oh wow SURIA SYABAS! What a take on feminine straight boys! Bashing stereotype realness!!!! Dan untuk mengatasi masalah ini, rakan kerjanya sarankan dia untuk ke…. KELAS MMA UNTUK MENJANTANKAN DIRINYA? Oh wow Suria! Ini kerana sukan dapat menjantankan lelaki lembut? Dapat meningkatkan jati diri dan keyakinan diri, ea? Ok work!

Kebodohan tidak berhenti di situ, pemilik gym atau gym instructors di gym tersebut semua… CHUNKY-CHUNKY BELAKA.

Why would they cast Hafidz Rahman and this other fat guy sebagai gym/MMA instructors? Yes, saya faham mereka pelawak dan mungkin watak-watak ini membawakan unsur jenaka dalam drama ini but why gym instructors? Mereka boleh menjadi kaunselor atau motivational speakers yang mendorong “lelaki lembut” to man up? Siapa yang akan ke gym dan membayar khidmat para instructors yang gempal? Fikirkanlah!

Also, kenapa perlu jantankan watak lembut ini dengan kegiatan lasak? Adakah kerana lelaki seharusnya cergas dan tangkas? Adakah kita masyarakat yang masih ingin memaksa gender roles? Bilakah agaknya masayarakat Melayu akan menukar fikiran terhadap perkara sebegini? Bukan itu sahaja, kenapa watak lembut itu straight? Kenapa dia bukan, secara lumrah dan logik, “pondan”?

Pada minit terakhir  episod pertama, Indra mula kerja sebagai cef di kapal persiaran dan terserempak Sofia di mana Sofia Chief di situ! Mampui!

Pendek kata, Sofia akan rejek Adib tetapi Adib akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan Sofia (mungkin berdendam?). Sofia dan Indra akan bergaduh tetapi lama-kelamaan marah-marah sayang gitew! Bapa Sofia mungkin tidak akan menerima keputusan Sofia untuk bercinta dengan Indra but akan terima hakikat. Watak lembut tu akan jadi “jantan” dan jatuh cinta dengan adik Indra kerana asyik bertembung di gym. Saya dah tahu kesudahannya tanpa menonton episod terakhir!

So yeah, klisye banget ye. And the kek sesungguhnya tak seberapa tau frosting setakat!!!

Secara keseluruhan, Suria harus jauhkan diri daripada rancangan yang berkonsepkan KEK!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s