MasterChef SG 3: Eka Mairina tersingkir

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Perjalanan Eka Mairina di MasterChef Singapura musim ketiga berakhir di episod kedua.

Penyanyi dan pelakon itu terkecundang dalam cabaran Kotak Misteri atau Mystery Box challenge, di mana peserta disuruh memasak menggunakan bahan-bahan hasil tempatan.

gambar: mediacorp

Nama Eka Mairina tidak dipanggil bagi pusingan pertama di mana mereka ditugaskan untuk memasak hidangan dengan menggunakan produk BABA’S. Oleh kerana itu, Eka terpaksa ke pusingan penyingkiran Kotak Misteri. Hanya lima peserta terselamat dalam pusingan pertama.

Dalam pusingan penyingkiran itu, Eka telah menyediakan Jimbaran Barbecue with Sambal Hijau.

Komen pengadil tatkala mencuba masakan Eka agak pedas. Cef Damian D’Silva berkata bahawa cara Eka menggunakan kuali untuk memanggang ikan adalah salah, dan itu menyebabkan hidangannya kurang sempurna.

Asalnya, hanya seorang peserta yang sepatutnya disingkirkan. Eka antara peserta yang berada dalam Bottom 2 minggu itu, bersama Thomas.

Alangkah terkejutnya apabila diumumkan bahawa kedua-dua peserta harus meninggalkan dapur MasterChef pada episod kali ini.

gambar: mediacorp

Walaupun perjalanan Eka di MasterChef agak singkat, kami ucapkan tahniah kepada Eka kerana beranikan diri untuk berada di dapur berprestij ini! Bukan senang tau nak masuk, bukan calang-calang orang boleh masuk.

Semoga Eka akan berjaya dalam industri kulinari dan insyaAllah, dapat rasa air tangan Eka soon!

Anda boleh saksikan episod ini di sini:

.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar: mediacorp)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s