MasterChef SG

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dalam pos kali ini, saya akan bincangkan tentang MasterChef SG yang disiarkan di Saluran 8 Saluran 5!

Adakah anda antara warga Singapura yang mengadu tentang isu MasterChef SG yang bakal disiarkan di saluran cina? Kalau ya, sudahkah anda menonton episod-episod yang telah ditayang untuk menyokong bakat-bakat bukan Cina di MasterChef, dan pada masa yang sama, menaikkan ratings supaya Mediacorp tahu bahawa penukaran dari Saluran 8 ke Saluran 5 itu munasabah? Kalau anda meroyan but tak tonton, pui.

Maaf cakap lah eh, tapi… I tak kenal pengacara/panel juri untuk MasterChef SG. Mungkin saya tidak begitu cultured atau tidak tahu menahu tentang industri kulinari Singapura. Yang saya kenal cuma BJ Kadir je kot… Bjorn Shen? Damian D’Silva? Audra Morrice? Entah.

Dan seperti rancangan realiti memasak yang disiarkan di Suria seperti Juara Memasak, dapur ataupun ruang untuk peserta memasak agaklah sempit (jika dibandingkan dengan MasterChef US atau Malaysia). Bukan setakat itu sahaja, product placement juga amatlah ketara, very in your face kan Cold Storage? Mungkin ada yang akan mengata bahawa US punya pun ada product placement untuk ketuhar/kuali/mesin-mesin mereka. Betul, tapi tu agak subtle dan tak begitu zoom in sangat. Yang ini, melampau you!

Pelik sekali, pada episod pertama, penonton telah diberitahu siapakah peserta Top 18 tanpa melihat mereka memasak untuk memasuki Top 18. Hmm… Dan 18 orang peserta ini disuruh memasak… sambal. Malang sekali, 2 peserta Melayu, Ali dan Firdaus, gagal membuat sambal yang memuaskan dalam masa yang diberikan. Ini merupakan salah satu sebab mengapa ia patut disiarkan di Saluran 8. Kerana orang Melayu kita tak boleh buat sambal. URGH. LMAO. Peserta yang layak ke pusingan seterusnya disuruh membuat Nasi Goreng yang boleh dipadankan dengan sambal yang telah mereka masak. With that, mereka dah choose Top 10… CEPAT, KAN??????

Saya juga berpendapat bahawa beberapa unsur MasterChef tidak dititikberatkan dalam MasterChef SG. Seperti:

  1. tidak menanggalkan white apron setelah disingkirkan
  2. kamera tidak pan in to the jam apabila masa tinggal 5 minit or what
  3. kita tidak dapat mendengar perbincangan juri apabila mereka telah merasa hidangan yang disaji
  4. masa untuk masak bagi cabaran berkumpulan tidak ditentukan (di episod di mana mereka masak untuk SSS, makanan mereka habis dan mereka patah balik ke dapur untuk masak lagi)
  5. tiada drama yang intense
  6. skrip juri is lame (we want fusion not confusion)
  7. Sejauh ini tiada demonstrasi daripada juri…yet
  8. sajian yang disediakan menerapkan unsur-unsur Singapura tetapi peserta tidak menaikkan mutu/taraf hidangan tersebut di taraf MasterChef
  9. Dapur MasterChef agak terang

Secara keseluruhan, saya tidak mendapat the same excitement apabila menonton MasterChef US or even Malaysia. Memang tidak boleh dinafikan bahawa ia agak unfair untuk dibandingkan tetapi I’m just expecting this much sebab the brand MasterChef is involved so yeah sis.

Ini merupakan pendapat peribadi so jangan nak kecoh. Thx.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s