Eka Mairina mara ke Top 12 MasterChef 3

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Siapa sangka sambal dabu-dabu mampu memberi Eka Mairina apron putih MasterChef Singapura ke-3?

Apabila diberi cabaran untuk memasak ikan dalam pusingan pertama MasterChef 3 episod pertama, penyanyi dan pelakon itu menghidangkan ‘seafood on platter’, bersama kentang lenyek, sambal dabu-dabu dan minyak truffle.

Masakan Eka begitu enak sehinggakan pengadil Bjorn Shen berkata bahawa sambal dabu-dabu ini lebih baik berbanding sambal dabu-dabu yang pernah dia rasa di Indonesia!

Apabila namanya dipanggil untuk para pengadil merasakan masakannya, Eka seperti tidak percaya dan terkejut bahawa namanya merupakan nama kedua yang dipanggil.

Setelah menerima pujian daripada pengadil, Eka berasa amat bangga dengan dirinya dan amat teruja sekali.

Dengan masakannya itu, Eka diberi apron putih dan layak ke pusingan seterusnya.

Anda boleh tonton episod penuh di saluran YouTube Entertainment Mediacorp:

.

Seramai 18 peserta bertanding dalam episod pertama tetapi hanya 12 saja yang mara ke pusingan seterusnya.

Tengok MasterChef setiap Ahad jam 9.30 malam di meWATCH dan Saluran 5 ok!

Urgh bayangkan sekiranya MasterChef SG hanya disiarkan di saluran 8… kita tak akan dapat saksikan the diversity…

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: mediacorp)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s