Previu: W!ldRice: A $ingapore Carol

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

(Yes, saya tahu saya dah lama tak kemas kini blog ini ok?? Sis busy dengan sekolah but now is minggu rehat so MUNGKIN ada masa untuk tulis here????)

Seperti mana yang korang tahu, setiap tahun, syarikat pementasan W!ld Rice akan sentiasa pentaskan pantomime mereka pada akhir tahun. Tahun ini, mereka akan mempersembahkan muzikal yang baru bertajuk A $ingapore Carol! Kepada ulat buku di luar sana, pasti dapat teka bahawa kisah ini diilhamkan oleh kisah A Christmas Carol oleh Charles Dickens!

Hossan Leong akan buat pertama kalinya mengarah pantomime W!ld Rice! WOW! Dia memberitahu bahawa pementasan ini walaupun moden dengan penerapan tema-tema seperti socmed dan teknologi, ia tidak lupa dengan nilai-nilai yang penting seperti belas kasihan dan baik hati.

Dan seperti muzikal W!ld Rice yang sebelumnya, saya selalu tak sabar untuk mendengar lagu-lagu yang bakal dipersembahkan!!!!!! Pasti akan melekat di otak untuk beberapa hari setelah menonton pementasan ini. Urgh, Elain Chan be seeing bomoh for her music lmao ok she’s talented ok.

Ditulis oleh Jonathan Lim, pementasan ini mengetengahkan the Singaporean Scrooge, seorang lelaki Cina. Finally, we talking about how Chinese ppl are greedy? Yes werk, representation!!!!! Sebastin Tan aka “Broadway Beng” akan memainkan watak utama, S.K. Loo. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Siti K, Audrey Luo, Candice de Rozario, Terence Tay, Dwayne Lau dan….

FAUZIE LAILY

Wow saya amat terpegun ya kerana Fauzie kini buat pentas pulak????? Muzikal pulak tu??? KINGUE!

!!!!!!! if berita harian atau berita mediacorp tidak buat liputan tentang berita ini I’m applying a job there sebab siapa lagi nak hype orang kita kalau bukan orang kita???? urgh thank god I exist!

So……….. Semestinya memang wajib tonton muzikal ini ya sebab setiap tahun W!ld Rice tidak menghampakan dan hanya akan mempersembahkan pementasan yang lebih gah so jangan pulak korang terlepas peluang ini. Ajak sekali anak-anak tu sempena cuti sekolah! A $ingapore Carol akan berlangsung dari 23 November hingga 15 Disember di Panggung Victoria. Tiket-tiket boleh didapati di sini!

– Pengkritik Sandiwara

ps
Oleh kerana it’s minggu rehat now, mungkin saya akan kemas kini blog ini sekiranya saya ada masa lah eh (esei terbengkalai, projek menunggu eew). Antara perkara/rancangan yang ingin saya ketengahkan adalah
  1. Masterchef SG
  2. APM 2018
  3. Drama-drama Suria (eew)
Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s